Anik memang disukai ramai tetapi dia mempunyai satu tabiat buruk. Anik tidak pernah menggunakan pengetip kuku untuk memotong kuku jarinya. Anik lebih suka menggigit kuku jarinya. Ibu Anik selalu memarahi Anik apabila melihat Anik menggigit kuku jarinya. Kadang kala, ibu akan memujuk Anik tetapi tidak berhasil. Anik akan menggigit jari kukunya sewaktu menonton televisyen dan membaca buku.
Tabiat buruk Anik telah mendapat perhatian guru kelasnya, Cikgu Soh. Cikgunya ingin membantu Anik membuang tabiat buruknya. Oleh itu, Cikgu Soh menyiarkan filem pendek bertajuk " Jari kuku dan tangan yang bersih" sewaktu kelas moral pada hari ini. Semasa menonton filem pendek tersebut, Anik terkejut kerana dia tidak sedar bahawa menggigit jari kuku akan membawa banyak keburukan. Ia akan menyebabkan perut sakit, masalah gigi dan gusi dan jangkitan pada kulit jari.
Sejak dari kelas moral itu, Anik berhenti menggigit kukunya. Anik sedar bahawa kebersihan diri adalah bermula dari tabiat yang baik. Ibu memuji Anik kerana Anik menggunakan pengetip kuku dan mencuci tangan selepas memotong jari kukunya.
No comments:
Post a Comment