Awang suka menonton filem "Kesatria Baja Hitam". Setiap waktu petang, Awang pasti akan menyiapkan kerja rumah sebelum filem "Kesatria Baja Hitam" bermula. Apabila filem ditayangkan di televisyen, Awang akan duduk diam di atas sofa. Hati Awang berdebar-debar apabila raksasa muncul dan menyerang manusia.
Kesatria Baja Hitam datang dengan menunggang motosikal yang bergaya. Kuasa yang dimiliki oleh Kesatria Baja Hitam amat hebat. Setiap kali Kesatria Baja Hitam menjerit "pancaran batu ajaib", tali pinggangnya akan memancarkan kuasa tenaga kuat yang boleh memusnahkan raksasa besar. Awang akan bersorak apabila Kesatria Baja Hitam menang dalam pertarungan.Selepas filem "Kesatria Baja Hitam" tamat, bapa Awang akan balik dari kerja tepat pada masanya. Awang berlari ke halaman rumah dan bersorak, "Perwira sudah balik, perwira sudah balik." Awang akan memeluk bapa dan berkata, "Selamat pulang, abah."
Senyuman Awang membuatkan bapa Awang melupakan segala keletihan. Selepas makan malam, Awang suka menceritakan kisah kehebatan Kesatria Baja Hitam kepada bapanya. Kata Awang, "Kesatria adalah perwira manusia. Abah adalah perwiraku. Aku sayang akan abah."
No comments:
Post a Comment