Pemandangan dari Roket Ria 1 cantik sekali. Itulah matahari, bebola gas besar yang berusia 4500 juta tahun lamanya. Suhu permukaan matahari adalah kira-kira 60 kali lebih panas dari air yang mendidih. Kalau terlalu dekat, matahari mampu mencairkan Roket Ria 1. Eh, bahayanya!
Cuba kawan-kawan teka, cahaya matahari mengambil berapa minit untuk sampai ke bumi?
A) 2 minit B) 8 minit c) 18 minit
Bobi akan beritahu jawapan nanti. Sekarang, mari kita lihat graviti matahari pula. Graviti matahari adalah sebanyak 27.9 kali lebih dari bumi. Daya tarikan graviti matahari amat kuat dan membolehkan planet-planet seperti bumi mengelilingi matahari mengikut laluan masing-masing.
Tahukah kawan-kawan jika tiada matahari, bumi akan gelap, sejuk dan tiada benda hidup. Oleh itu, matahari sangat penting kepada kehidupan di bumi.
Mari Bobi menjawab soalan tadi. Jawapannya ialah 8 minit. Tahniah kepada kawan-kawan yang dapat menjawab dengan betul.
Roket Ria 1 sedang menuju ke planet Utarid ( English known as Mercury ), iaitu planet yang paling dekat dengan matahari. Kalau ingin tahu lebih banyak mengenai planet Utarid, Bobi akan membawa kawan-kawan meninjau planet Utarid dengan Roket Ria 1 pada Sabtu minggu hadapan. Jumpa lagi minggu hadapan di halaman "BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 3 (PLANET UTARID)". Ta-ta.
No comments:
Post a Comment