Pada hari Sabtu yang lepas, bapa saya membawa kami sekeluarga pergi berkelah di pantai Port Dickson. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul enam pagi. Adik saya masih mengantuk dan tidur di dalam kereta. Tetapi saya berasa segar. Saya melihat pemandangan di luar kereta dan menghayatinya. Rupa-rupanya pemandangan waktu fajar cantik sekali.
Sarapan ibu amat sedap. Ibu menyediakan makaroni goreng daging cincang untuk kami. Selepas makan, kami bermain pasir dengan bapa. Kami menggunakan alat mainan pasir untuk membina sebuah kota fantasi. Kami juga berenang di tepi pantai dan bermain bola dengan budak-budak lain. Kami berasa sangat seronok kerana dapat bermain dengan sepuas hati.
Kami leka bermain sehingga ibu memanggil kami makan tengah hari pada pukul dua petang. Kami makan dengan berselera kerana kami sangat lapar. Ibu menyediakan nasi tomato, ikan bawal goreng, bebola daging sos mentega dan bayam goreng sos tiram.
Well done
ReplyDeleteThanks, stay safe..
Delete