Wednesday, 9 June 2021

AKU SEBATANG PENYEPIT MAKANAN

 Aku  adalah  sebatang  penyepit  makanan  atau  lebih  senang  memanggilku  chopsticks.  Aku  dilahirkan  di  sebuah  kilang  yang  terletak  di  Taiping,  Perak.  Semasa  aku  dilahirkan,  aku  mempunyai  adik  kembar  seiras.  Kami  berdua  melalui  proses  penanda  laser  yang  dikawal  oleh  komputer.  Oleh  itu,  kami  mempunyai  bentuk  badan  dan  corak  yang  sama.    Bahkan  semua  kawanku  juga  mempunyai  adik  kembar  seiras

         Selepas  badan  kami  telah  selesai  ditanda  dengan  corak  bunga  Sakura  yang  menarik,  aku  dan  adik  kembarku  dibungkus  ke dalam  plastik.  Aku  terpaksa  berpisah  dengan  kawan-kawanku.  Namun,  aku  tidak  berasa  sepi  kerana  aku  masih  mempunyai  adik  kembarku  yang  menjadi  teman  setia.  Kami  telah  dihantar  ke  pasar  raya  yang  besar.  Aku  dan  adik  kembarku  ditempatkan  di  bahagian  peralatan  dapur.  Di  sana,  aku  mengenali  banyak  kawan  baru.  Setelah  dipamerkan  selama  dua  bulan,  aku  dan  adik  kembarku  dibeli  oleh  seorang  perempuan  muda.

    Setelah  dibawa  pulang  ke  rumah  baru,  aku  disimpan  di  sebuah  laci  dapur.  Setiap  kali  makanan  dihidangkan,  aku  dan  adik  kembarku  akan  digunakan  untuk  menyuap  makanan  ke  dalam  mulut  pemilik.  Kami  berasa  gembira  semasa  berkhidmat  untuk  pemilikku  kerana  dapat  mendengar  gurau  senda  pemilik  dengan  ahli-ahli  keluarganya.

        Pemilik  adalah  seorang  yang  suka  menjaga  kebersihan.  Dia  akan  mencuci  aku  dan  adik  kembarku  dan  mengeringkan  kami  dengan  tuala  yang  bersih.  Badan  kami  sentiasa  cantik  dan  bersih.  Kami  bertuah  kerana  dapat  hidup  di  sebuah  rumah  yang  kemas  dan  rapi.

    

    

No comments:

Post a Comment