Apabila masuk ke bangunan pasar pagi, saya melihat banyak orang dan suara yang riuh-rendah. Semua pak cik dan mak cik sangat mesra dan bertegur sapa dengan orang di sekelilingnya.
Saya melihat ada gerai menjual sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging, udang dan ketam. Mata saya terbeliak apabila melihat ketam-ketam yang masih bergerak. Saya bercangkung di tepi baldi berisi ketam sementara ibu berbual dengan penjual ketam.
Ibu membeli telur, kailan, terung, kangkung, bayam, daging, ikan dan ketam. Selepas itu, kami pergi ke gerai buah-buahan. Ibu membeli tembikai susu yang besar. Saya dan keluarga suka makan tembikai susu. Selepas selesai membeli semua keperluan, kami terus balik ke rumah.
Pada malam ini, ibu memasak ketam kari masam manis, sup jagung, kacang buncis dan kailan ikan masin. Wah, sedapnya lauk-pauk malam ini!
No comments:
Post a Comment