Wednesday, 28 July 2021

JOHARI BERTANDING DALAM PERTANDINGAN BADMINTON

Johari  adalah  seorang  budak  yang  suka  bersukan.  Sejak  dari  kecil  lagi,  Johari  suka  bermain  badminton.  Dia  selalu  bermain  badminton  dengan  jirannya,  Siva.  Mereka  akan  bermain  pada  setiap  waktu  petang  di  halaman  rumah  Johari.

    Pada  musim  cuti  sekolah,  bapa  Johari  menghantar  Johari  untuk  berlatih  badminton  dengan  Cikgu  Lee.  Johari  dan  rakan-rakannya  berlatih  di  dewan  serbaguna.  Johari  telah  mendaftar  nama  untuk  menyertai  pertandingan  badminton  di  sekolah.  Oleh  itu,  Johari  berlatih  bersungguh-sungguh  agar  mendapat  juara  di  dalam  pertandingan  badminton.

    Pada  hari  pertandingan,  Johari  telah  bersiap  sedia  untuk  bertanding.  Tetapi,  Johari  melakukan  beberapa  kesilapan  semasa  bertanding.  Kawan-kawan  Johari  ketawa  apabila  Johari  terjatuh  beberapa  kali  di  gelanggang  badminton.  Setelah  berusaha  keras,  Johari  tidak  mendapat  pingat  di  dalam  pertandingan  badminton.

    Johari  tidak  berasa  sedih,  malah  ingin  berusaha  lebih  gigih  untuk  pertandingan  badminton  pada  masa  hadapan.  Siva  dan  ibu  bapa  Johari  banyak  memberi  sokongan  kepada  Johari.  Dengan  keazaman  yang  tinggi,  Johari  yakin  bahawa  dia  akan  berjaya  meraih  pingat  johan  dalam  pertandingan  badminton  kelak.

No comments:

Post a Comment