Pada musim cuti sekolah kali ini, saya dan sekeluarga pergi melawat ke rumah datuk dan nenek. Mereka tinggal di rumah pangsa lama yang bertingkat empat.
Apabila tiba di kawasan rumah pangsa datuk dan nenek, kawasan sekitar agak sunyi. Kata ibu," Banyak jiran lama telah berpindah ke tempat lain." Kami menaiki tangga sehingga ke tingkat empat dan kelihatan datuk dan nenek sedang menunggu kedatangan kami. Mereka menyambut kedatangan kami dengan mesra.
Rumah datuk dan nenek kecil tetapi bersih. Perabot-perabot lama dijaga dengan baik. Pada malam pertama, kami mendapat rehat yang cukup kerana katil di tempat datuk dan nenek agak empuk. Kami berasa selesa seperti berada di rumah sendiri.
Kami tinggal bersama datuk dan nenek selama seminggu dan tibalah masa untuk pulang ke rumah. Kenangan bersama datuk dan nenek sungguh manis. Kami berjanji akan datang ke Sandakan lagi pada musim cuti tahun hadapan.
Lembaran cerita agak menarik. Ditambah pula dengan gambar indah yang menggambarkan serta merealisasikan nilai usur cerita yang dibaca. Sememangnya seronok di baca sehingga akhir cerita.
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan anda. Stay safe.
Delete