Nenek menunjukkan Hafika sebiji gasing yang berwarna-warni. Hafika tertarik dengan bentuk gasing yang unik. Menurut nenek, gasing adalah permainan yang popular di kampungnya. Orang tua, orang muda dan kanak-kanak akan berkumpul dan bermain gasing pada masa lapang.
Setelah berehat, nenek bersedia mengajar Hafika bermain gasing. Nenek mengajar Hafika melilit tali di lengan tangan dan melilit gasing dengan sabar. Lilitan haruslah kemas dan Hafika melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Selepas itu, nenek menunjukkan cara mengayunkan gasing ke atas tanah. Gasing yang diayunkan oleh nenek berpusing ligat di atas tanah.
No comments:
Post a Comment