Minah adalah seorang ibu tunggal. Minah mempunyai dua orang anak yang bernama Qasih dan Adam, masing-masing berumur 9 tahun dan 3 tahun. Suaminya telah meninggal dunia semasa dia sedang hamil anak kedua, iaitu Adam. Malang tidak berbau, suami Minah meninggal dunia akibat kemalangan.
Demi menyara kehidupan anak-anaknya, Minah bangun awal setiap pagi untuk menjual nasi lemak dan kuih-muih di tepi jalan. Pada sebelah petang, Minah akan bergegas ke sebuah restoran untuk bekerja. Dengan kehidupan agak sederhana, Minah mampu menghantar Qasih ke sekolah agama.
Minah berasa syukur kerana ibu Minah banyak membantunya. Qasih dan Adam akan berada di rumah neneknya semasa Minah bekerja. Kadangkala, Adam akan merajuk kerana ingin bermanja dengan ibunya tetapi neneknya banyak bersabar. Nenek menyayangi Qasih dan Adam dengan sepenuh hatinya.
Pada Hari Ibu tahun ini, Minah meraikan hari istimewa ini dengan ibunya. Minah menyediakan semua makanan kegemaran ibunya dan menyuruh Qasih menghiaskan rumah dengan belon-belon yang berwarna-warni. Minah turut menyediakan kek dan sekuntum bunga mawar untuk ibunya yang banyak berjasa kepadanya.
No comments:
Post a Comment