Aku mempunyai deria bau yang tajam. Aku kerap diarahkan oleh Encik Budiman untuk menyertai pasukan polis untuk mencari dadah, orang, mayat sisa dan bahan letupan. Aku rajin bekerja tanpa mengira masa dan waktu. Apabila ada kes kecemasan, Encik Budiman akan membawa aku meredah hutan, sungai, bukit, gudang atau bangunan. Kami berdua tidak berhenti bekerja walaupun hari hujan atau panas terik.
Waktu paling gembira adalah apabila Encik Budiman membawa aku meronda di kawasan awam. Orang awam kagum dengan penampilanku yang segak. Aku berasa besar hati kerana dapat meningkatkan nama baik Encik Budiman dan pihak polis.
Hubungan aku dengan Encik Budiman sangat rapat. Encik Budiman menjaga semua keperluanku dengan teliti. Aku sentiasa bersih dan mendapat senaman yang mencukupi. Malah, Encik Budiman juga memastikan aku mendapat makanan dan khasiat yang lengkap supaya badan aku sentiasa sihat. Aku berharap aku dapat berkhidmat dengan Encik Budiman selama sepuluh tahun sebelum bersara di rumah anjing.
No comments:
Post a Comment