Di dalam sebuah negara yang bernama Salak Pasir, terdapat seorang raja yang adil dan bijaksana. Raja itu bernama Raja Ibrahim. Baginda mempunyai seorang puteri yang amat cantik. Nama puteri ialah Puteri Elena. Oleh kerana bonda Puteri Elena mangkat semasa melahirkan Puteri Elena, Raja Ibrahim amat menyayangi puterinya dan selalu mengikuti kehendak puterinya.
Apabila Puteri Elena mencapai umur 20 tahun, Puteri Elena menyuarakan keinginannya untuk berkahwin dengan putera idamannya. Putera Sadir adalah seorang putera dari negara jiran dan rupa putera itu agak kacak. Tetapi, Putera Sadir merupakan seorang yang tamak dan penakut. Raja Ibrahim amat khuatir, lalu mendapat satu akal.
Raja Ibrahim mengajak Putera Sadir dan Puteri Elena pergi berburu di sebuah hutan. Raja Ibrahim telah menyembunyikan sebuah beg yang berisi banyak emas syiling dan seekor ular di sebalik sebatang pokok. Apabila melalui pokok itu, Raja Ibrahim bertitah agar semua orang duduk berehat sambil menghilangkan dahaga. Raja Ibrahim menjemput Putera Sadir agar duduk di bawah pokok itu. Putera Sadir menjumpai beg yang berisi emas tetapi dia berbohong kepada Raja Ibrahim dan Puteri Elena. Putera Sadir berkata," Ia hanya beg yang berisi batu-batu."
Sebelum Putera Sadir meneruskan kata-katanya, seekor ular menyusur keluar dan memeranjatkan Putera Sadir dan Puteri Elena. Putera Sadir terus membuang beg yang berisi emas dan melarikan diri tanpa mengendahkan Puteri Elena. Apabila melihat emas yang bertaburan di atas lantai, Puteri Elena menyedari bahawa Putera Sadir adalah seorang yang tamak, pembohong dan penakut. Akhirnya, Puteri Elena membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan Putera Sadir.
No comments:
Post a Comment