Shafi adalah seorang budak lelaki yang berumur 10 tahun. Shafi gemar melepak di taman permainan pada waktu petang. Emaknya selalu berkata, "Jangan melepak di taman, anak. Carilah hobi yang berguna seperti membaca buku." Tetapi Shafi tidak pernah menghiraukan kata-kata emaknya.
Pada suatu petang yang mendung, semasa Shafi melepak di taman berseorangan, dia terdengar suara seekor anak kucing mengiau-ngiau di bawah bangku. Shafi terus menghampiri bangku tersebut dan mengusap bulu anak kucing dengan perlahan-lahan. Shafi berasa sebak apabila melihat anak kucing yang kelaparan. Oleh itu, Shafi mendapat satu akal.
Shafi tidak lagi hanya melepak di taman permainan. Shafi mendapat hobi baru. Shafi akan datang ke taman permainan dengan makanan kucing dan memberi makanan kepada kucing setiap hari.
No comments:
Post a Comment