Raja Duyung adalah raja yang memerintah lautan dalam. Raja Duyung tidak mempunyai anak tetapi dia amat menyayangi anak saudaranya yang bernama Fifi. Bapa Fifi adalah Laksamana Abdul yang menjaga keamanan lautan dalam. Laksamana Abdul banyak menjelajah dan jarang berada di rumah. Oleh itu, Fifi selalu menziarahi Raja Duyung di Istana Raja Duyung.
Semua duyung berasa cemburu dengan Fifi kerana mendapat kasih sayang dari Raja Duyung. Walaupun Fifi mendapat layanan istimewa dari Raja Duyung, Fifi seekor duyung yang pengasih. Fifi selalu merawat sotong, ikan, gamat dan obor-obor yang tercedera. Fifi juga suka memulihara batu karang, rumpai laut dan mutiara laut.
Pada suatu petang yang aman, tiba-tiba dasar laut mengalami gempa bumi. Seluruh dasar laut bergerak dengan mendadak. Banyak duyung dan haiwan laut tercedera. Raja Duyung mengarahkan semua pengawal duyung untuk menyelamatkan duyung-duyung dan haiwan laut yang terperangkap.
Raja Duyung juga mengarahkan Fifi agar tinggal di Istana Raja Duyung. Tetapi Fifi menyertai kumpulan sukarelawan dan merawat duyung-duyung yang cedera. Tindakan Fifi telah menyentuh hati semua duyung. Mereka amat berterima kasih kepada Fifi yang baik hati dan pengasih. Sejak hari itu, semua duyung tidak lagi cemburu dengan Fifi dan memberi layanan baik kepada Fifi.
No comments:
Post a Comment