Pada suatu hari, Lili jatuh sakit dan demam. Lili makan ubat dan terus tidur sehingga tengah hari. Apabila Lili bangun, dia terkejut dan tergesa-gesa untuk berjumpa dengan pari-pari bunga. Lili mendapati pari-pari bunga sedang bekerja tetapi dalam keadaan kelam-kabut. Dengan serta-merta, Lili mengarahkan pari-pari bunga untuk berkumpul. Lili mengagihkan semula kerja-kerja untuk pari-pari bunga dan pari-pari bunga menurut kata-kata Lili.
Walaupun Lili masih demam, dia bekerja bersungguh-sungguh dan memastikan pari-pari bunga melakukan kerja dengan betul. Selepas selesai semua kerja, Lili balik berehat. Lili terlelap apabila dia baring di atas katil.
Apabila Lili sedar, hari sudah gelap. Lili berasa sangat lapar kerana dia hanya makan sedikit makanan sahaja petang tadi. Kaki Lili lenguh kerana tidak bertenaga. Lili berdiri dengan perlahan-lahan dan ternampak mejanya penuh dengan makanan dan sekeping nota.
No comments:
Post a Comment