Selepas keluar dari telur, rupa aku macam buaya kecil. Tahap ini, aku dikenali sebagai larva. Aku kuat makan dan boleh makan empat ratus kutu daun dalam masa dua minggu. Oleh itu, aku membesar dengan cepat dan menukar kulit beberapa kali.
Apabila aku bersedia menjadi dewasa, aku akan bertukar menjadi kepompong. Aku dan adik-adik aku akan memilih tempat yang selamat seperti di bawah daun. Tahap ini bergelar pupa dan mengambil masa kira-kira sepuluh hari.
Setelah keluar dari kepompong, aku tidak lagi kelihatan seperti buaya kecil. Rupa aku serupa dengan kumbang kura-kura dewasa yang lain. Badan aku berwarna merah dan berbintik hitam. Aku juga mempunyai sayap dan boleh terbang ke merata-rata tempat. Semua petani suka aku kerana aku makan serangga-serangga lain yang merosakkan daun-daun tanaman mereka. Seronoknya menjadi sahabat petani.
Bagus dan seronok membaca bersama bimbingan ibu
ReplyDelete