Sebenarnya, planet Zuhrah mempunyai banyak gunung berapi yang masih aktif dan kawah. Suhu planet Zuhrah sekitar 465 darjah celcius. Mari main kuiz dengan Bobi. Planet mana yang mempunyai suhu yang paling tinggi?
A) Planet Utarid B) Planet Zuhrah
Sekarang, mari lihat fakta yang menarik. Satu hari di planet Zuhrah adalah 243 hari di bumi. Satu tahun di planet Zuhrah adalah 225 hari di bumi. Rupa-rupanya satu hari adalah panjang dari satu tahun di planet Zuhrah.

Mari Bobi menjawab soalan kuiz tadi. Jawapannya ialah Planet Zuhrah kerana planet Zuhrah adalah planet yang paling panas di dalam sistem suria. Bagus, kawan-kawan.
Sekian saja kali ini. Bobi berharap kawan-kawan mendapat ilmu yang berguna. Jumpa lagi minggu hadapan di halaman "BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 5 (BUMI). Ta-ta.
No comments:
Post a Comment