Saya mempunyai kantung seperti kanggaru. Kantung saya adalah digunakan untuk menyimpan bayi saya yang bergelar joey. Bayi saya yang baru dilahirkan adalah tidak berbulu dan hanya 20mm. Cuba kawan-kawan ambil pembaris dan ukur 20mm. Saiz bayi saya sangat kecil. Oleh itu, bayi saya akan berada di kantung saya selama 6 bulan sebelum merangkak keluar.
Saya sangat cerewet dalam memilih makanan. Saya hanya makan daun kayu putih sahaja. Saya akan memilih daun kayu putih muda yang terdapat pada puncak pohon kayu kerana mempunyai lebih banyak kandungan air.
Saya suka tidur di atas pohon kayu putih. Saya boleh tidur sehingga 18 jam sehari untuk mengekalkan tenaga. Cuba kawan-kawan teka, bolehkah saya berenang? Jawapannya ialah saya boleh berenang. Bagus kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment