Ru Teng dan Ru Ming rajin berlatih tarian balet apabila mempunyai masa lapang. Semasa cuti sekolah, kebanyakan masa digunakan dalam latihan tarian balet. Dengan kemahiran yang diajar oleh guru balet, mereka berharap untuk menyertai pertandingan tarian balet antarabangsa.
Tetapi apabila Ru Teng mencapai umur sebelas tahun, Ru Teng menghidap penyakit asma dan tidak boleh bergiat dalam tarian balet. Ru Teng berasa sangat sedih dan selalu kelihatan murung. Ru Ming ingin membantu Ru Teng agar Ru Teng dapat bangkit semula.
Justeru, Ru Ming menemani Ru Teng ke kelas melukis, kaligrafi, berenang, piano dan kelas-kelas lain. Ru Ming ingin membantu Ru Teng mencari minat baru. Galakan Ru Ming memberi semangat baru kepada kakaknya. Ru Teng membuat keputusan untuk menyertai kelas renang. Ru Teng tidak lagi duduk termenung di rumah. Ru Teng berazam untuk menjadi seorang perenang yang berjaya.
No comments:
Post a Comment