Nenek Laksha memberikan satu anak patung perempuan kepada Laksha. Patung itu mempunyai satu pasang mata yang besar, rambut perang dan memakai baju yang berwarna merah jambu. Laksha suka akan anak patung itu dan memanggilnya Mimi.
Setiap hari, Laksha akan bermain masak-masak dengan Mimi dan memandikannya. Selepas itu, Laksha akan membaca buku kegemarannya yang bertajuk "Adikku Comel" kepada Mimi. Pada waktu petang pula, Laksha akan membawa Mimi ke taman permainan untuk bermain papan gelongsor. Laksha berasa seronok apabila dapat bermain papan gelongsor sambil memeluk Mimi.
Walaupun ibu bapa Laksha asyik sibuk bekerja, mereka kerap meluangkan masa untuk makan malam dengan nenek dan Laksha. Selepas makan malam, Laksha suka berdamping dengan bapa kerana bapa akan mengambil alat mainan penguin naik tangga untuk bermain dengannya.
Setiap malam sebelum tidur, ibu bapanya akan mencium dahi Laksha dan mengucapkan selamat malam kepadanya. Tetapi malam ini amat istimewa. Ibu bapanya berkata," Laksha, kamu bakal mempunyai adik comel yang baru." Laksha berasa teruja kerana dia bakal mempunyai teman untuk bermain.
Wah hebatnya cerita ni boleh baca dengan adik saya ni
ReplyDelete