Tibalah hari parti musim bunga yang dinantikan oleh semua putera dan puteri kecuali Puteri Nomira. Sebelum parti musim bunga bermula, Puteri Nomira duduk murung di taman istana. Tiba-tiba muncul seorang nenek tua yang memegang sepasang kasut ungu lalu memberikan kasut itu kepada Puteri Nomira. Nenek tua berkata, "Pakailah kasut ungu pada malam ini." Selepas habis berkata, nenek tua terus menghilangkan diri.
Pada malam parti musim bunga, Puteri Nomira dapat menari dengan baik dan mendapat banyak pujian. Puteri Nomira tidak berasa gementar dan dapat menikmati parti musim bunga dengan perasaan yang girang.
Apabila parti musim bunga telah tamat, Puteri Nomira duduk berehat di atas sofa panjang. Puteri Nomira ternampak kasut ungu di bawah katilnya. Rupa-rupanya Puteri Nomira memakai kasut merah jambu sepanjang malam. Puteri Nomira sedar bahawa keyakinan diri adalah ilmu ajaib yang paling berguna di dunia ini.
No comments:
Post a Comment