Hari ini Ah Chong dan sekeluarga menyambut perayaan Duan Wu. Nenek, ibu bapa, kakak dan Ah Chong bangun awal pada hari ini. Mereka bersiap sedia untuk bersembahyang. Perayaan ini adalah perayaan tradisional yang besar bagi kaum Cina. Perayaan ini disambut pada hari kelima bulan kelima dalam kalender Cina.
Ah Chong suka menyambut perayaan Duan Wu kerana Ah Chong dapat makan makanan kegemarannya iaitu zong zi atau dikenali sebagai bak cang. Nenek dan ibu Ah Chong pandai membuat zong zi. Mereka akan membuat banyak zong zi setiap kali menjelang perayaan Duan Wu untuk diagihkan kepada saudara-mara. Kata ibu," Kita haruslah sentiasa memberi dan tidak kedekut."Setiap kali ibu Ah Chong membuat zong zi, Ah Chong suka melihat ibunya mengisi beras pulut dan bahan-bahan seperti daging, cendawan, telur masin dan kekacang. Kadang-kadang, Ah Chong akan menyuruh ibunya meletakkan dua telur masin untuknya dan meletakkan tanda untuk senang dicari. Zong zi adalah berbentuk piramid dan ia dibalut dengan daun buluh.
Selain makan zong zi, perlumbaan perahu naga juga akan diadakan di pantai. Setiap tahun, Ah Chong akan bersorak di tepi pantai apabila perlumbaan perahu naga bermula. Setiap perahu naga mempunyai lebih kurang dua puluh pengayuh. Semua pengayuh duduk berpasangan dan mengayuh mengikut irama gendang perahu naga masing-masing. Tetapi tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Perlumbaan perahu naga tidak dapat diadakan kerana pandemik. Ah Chong dan sekeluarganya menikmati zong zi sambil menonton program televisyen yang menarik. Ah Chong berasa bahagia kerana masih dapat menyambut perayaan Duan Wu di samping keluarganya.
No comments:
Post a Comment