Tuesday, 8 June 2021

EKSPEDISI KE AIR TERJUN

    Rohana  bangun  awal  pada  waktu  fajar.  Langit  masih  gelap  dan  adik-adiknya  masih  tidur.  Selepas  membersihkan  dirinya,  Rohana  menyediakan  bekalan  makanan  dan  minuman  untuk  dibawa  keluar  bersama.  Setelah  bersedia,  bapa  Rohana  menghantar  Rohana  ke  sekolah.

    Rohana  berasa  teruja  kerana  dapat  menyertai  ekspedisi  ke  Air  Terjun  Sungai  Pisang  dengan  ahli-ahli  Kelab  Pencinta  Alam.  Cikgu  Ema,  Cikgu  Ron  dan  Cikgu  Ahmad  akan  mengetuai  ekspedisi  kali  ini.  Ketiga-tiga  cikgu  tersebut  mempunyai  banyak  pengalaman  dalam  pengembaraan  hutan.  Setelah  semua  ahli  ekspedisi  telah  sampai,  mereka  menaiki  bas  ke  Gombak.  Rohana  duduk  bersama  dengan  kawan  baiknya,  Su  Eng.

    Sebelum pengembaraan  bermulaCikgu  Ema  memberikan  beberapa  garis  panduan  kepada  Rohana  dan  ahli-ahli  yang  lain.  Cikgu  Ema  memulakan  ekspedisi  dengan  memimpin  barisan  hadapan  melalui  denai-denai  kecil.  Semua  ahli  berhati-hati  semasa  memijak  batu-batu  dan  lumpur  tanah  yang  licin.  Setelah  melalui  terowong  yang  besar,  bunyi  kereta  semakin  berkurangan.  Rohana  dapat  mendengar  air  sungai  mengalir  dan  bunyi  serangga  dengan  jelas.  Perjalanan  mengambil  selama  dua  jam.  Rohana  berasa  penat  tetapi  dengan  gurau  senda,  Rohana  berasa  riang  hati.

    Setibanya  di  kawasan  air  terjun,  Rohana  berasa  kagum  dengan  keindahan  alam  semula  jadi  ciptaan  Tuhan.  Banyak  ahli  turun  ke  sungai  untuk  bermandi-manda.  Ada  yang  menghirup  minuman  panas  dan  ada  yang  berbual-bual  dengan  kawan.  Rohana  dan  Su  Eng  saling  berkongsi  bekalan  makanan  sambil  menikmati  keindahan  air  terjun.

    Rohana  berasa  besar  hati  kerana  dapat  menyertai  ekspedisi  yang  seronok.  Ekspedisi  ini  dapat  meningkatkan stamina  badan  dan  membantu  Rohana  lebih  memahami  alam  sekitar.  Rohana  balik  ke  rumah  dengan  kepuasan.


No comments:

Post a Comment