Lelaki-lelaki kerdil bekerja sebagai pelombong dan keluar bekerja pada sebelah pagi. Perempuan-perempuan kerdil bercucuk tanam di sekitar kampung. Pada sebelah malam pula, semua orang kerdil berkumpul di sekitar unggun api untuk menyanyi dan menari. Hidup mereka sungguh ringkas dan mereka berpuas hati dengan cara kehidupan mereka.
Pada suatu hari, seorang pemburu menjejaki seekor beruang dan tiba di Kampung Comel. Pemburu itu bersikap kurang sopan dan merosakkan tanaman di sekitar Kampung Comel. Dia juga mempersendakan rupa dan bentuk badan perempuan-perempuan kerdil. Dengan hati yang sebak, orang kerdil menyuruh pemburu itu keluar dari Kampung Comel.
Pada keesokan harinya, apabila lelaki-lelaki kerdil pergi melombong, mereka ternampak seorang lelaki berbadan besar terbaring di atas lantai hutan. Lelaki-lelaki kerdil menghantar lelaki yang tercedera ke Kampung Comel untuk dirawat. Apabila lelaki itu sedar, dia dikelilingi oleh perempuan-perempuan kerdil yang sedang merawatnya. Lelaki itu berasa malu kerana dialah pemburu yang mempersendakan perempuan-perempuan kerdil dua hari yang lalu. Lelaki itu sedar akan kesalahannya dan memohon maaf kepada semua perempuan kerdil di Kampung Comel.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete