Wednesday, 30 June 2021
ORANG KERDIL BERJIWA BESAR
Monday, 28 June 2021
KASIH ADIK-BERADIK
Sunday, 27 June 2021
SUARA MERDU KATAK PURU DAN KATAK PISANG
Saturday, 26 June 2021
ABU DAN IKAN UNGU
Friday, 25 June 2021
BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 2 (MATAHARI)
Thursday, 24 June 2021
SAMBUTAN HARI JADI KELAPAN
Majlis hari jadi saya bermula tidak lama lagi. Saya menukar baju dan menyikat rambut saya dengan kemas. Saya memakai baju kemeja biru yang berleher. Wah, segaknya saya! Kawan-kawan saya datang tepat pada masanya. Ibu saudara dan sepupu saya juga datang membantu. Mereka memimpin saya dan kawan-kawan untuk bermain permainan yang menarik seperti ibu ayam, rebut kerusi dan memijak belon. Suasana amat meriah.
Selepas selesai bermain, ibu bapa menjemput semua orang untuk menjamu selera. Ibu bapa saya menyediakan ayam goreng, nasi goreng, makaroni bakar, sushi, sate, kerepek bayam ranggup, telur rebus, roti jala, agar-agar dan kek buah-buahan. Masakan ibu bapa saya memang hebat. Kawan-kawan saya makan sehingga menjilat jari. Ibu saudara saya mula membuat sesi bercerita. Kawan-kawan saya berasa seronok mendengar cerita ibu saudara.
Kawan-kawan saya balik selepas sesi bercerita tamat. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah. Tetapi hadiah yang paling digemari adalah hadiah dari ibu bapa saya iaitu sebuah buku cerita yang bertajuk "Bobi Angkasawan yang Ulung".
Wednesday, 23 June 2021
KISAH PARI-PARI BUNGA
Tuesday, 22 June 2021
CERITA SANG LANDAK
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Sang Arnab berlari-lari di dalam hutan untuk mencari tempat berteduh. Malangnya, semua haiwan enggan menerima Sang Arnab dan menghalaunya keluar.
Sang Landak yang baik hati mempelawa Sang Arnab masuk ke sarangnya. Sang Arnab berteduh di sarang Sang Landak sehingga keesokan hari. Apabila Sang Arnab sedang tidur nyenyak, dia dikejutkan oleh duri-duri Sang Landak dan tercedera. Sang Arnab sangat marah dan memukul badan Sang Landak. Badan Sang Landak tidak sakit tetapi tangan Sang Arnab cedera parah. Sang Landak menawarkan dirinya untuk membalut tangan Sang Arnab yang berdarah. Selepas Sang Arnab menenangkan dirinya, Sang Landak berkata, "Aku tidak berniat mencederakan engkau, Sang Arnab. Pagi tadi, angin bertiup kencang, jadi aku ingin menyelimut engkau dengan daun-daun. Tetapi duri badan aku tercucuk badan engkau. Aku tidak sengaja. Maafkan aku, Sang Arnab.