Si Katak Hijau tinggal di tepi bukit. Rumah Si Katak Hijau berjauhan dengan rumah-rumah binatang lain. Oleh itu, Si Katak Hijau tidak mempunyai jiran dan tinggal dengan aman.
Pada suatu hari, saudara Si Katak Hijau yang bernama Si Katak Ringan datang melawat Si Katak Hijau. Si Katak Ringan berkata, "Rumah engkau sangat kecil, dapur sempit dan bilik tidur pun nampak tidak selesa."
Setelah Si Katak Ringan balik, Si Katak Hijau memikirkan kata-kata Si Katak Ringan. Si Katak Hijau memerhatikan rumahnya yang agak usang. Si Katak Hijau membuat keputusan untuk mengubahsuaikan rumahnya.
Pada keesokan harinya, Si Katak Hijau mula bekerja. Si Katak Hijau menyediakan bahan-bahan seperti simen, batu bata dan papan. Si Katak Hijau juga menyewa sebuah jentera besar. Si Katak Hijau rajin bekerja siang dan malam.
Selepas rajin bekerja selama sebulan, rumah Si Katak Hijau telah siap diubahsuai. Rumah baru Si Katak Hijau kini lebih besar dan cantik. Si Katak Hijau berpuas hati dengan rumah barunya. Si Katak Hijau membuat jamuan dan menjemput semua kawan binatang untuk datang ke rumah barunya.
"Wah, cantik dan megahnya rumah engkau! Dapur sangat luas dan bilik tidur kelihatan sungguh selesa," kata Si Katak Ringan dan kawan-kawannya. Si Katak Hijau senyum lebar.
No comments:
Post a Comment