Sang Ayam Jantan sangat sombong. Sang Ayam Jantan memberitahu semua haiwan di dalam hutan bahawa dialah yang memanggil matahari keluar setiap pagi.
Semua haiwan percaya akan kata-kata Sang Ayam Jantan kecuali Sang Kancil. Sang Ayam Jantan berasa tidak puas hati dan berkata kepada Sang Kancil.
"Oh, Sang Kancil. Aku berkawan rapat dengan matahari dan hanya aku dapat memanggil matahari keluar pada setiap pagi," kata Sang Ayam Jantan.
"Oh, Sang Ayam Jantan. Bolehkah engkau tidak berkokok selama tujuh hari?" tanya Sang Kancil. Sang Ayam Jantan menganggukkan kepalanya tanda bersetuju.
Pada hari pertama, kedua dan ketiga, hari sangat mendung dan tidak kelihatan cahaya matahari. Sang Ayam Jantan bermegah-megah di hadapan di hadapan Sang Kancil. Pada hari keempat, kelima dan keenam, hujan turun dari pagi hingga ke petang. Seperti hari-hari sebelumnya, tidak kelihatan cahaya matahari. Semua haiwan merayu Sang Ayam Jantan untuk berkokok lagi.
Pada hari ketujuh, matahari terbit dari arah timur dan cuaca amat terang. Sang Ayam Jantan berasa malu lalu meminta maaf kepada semua haiwan. Sejak hari itu, Sang Ayam Jantan tidak lagi bersikap sombong.
No comments:
Post a Comment