"Tiada binatang lain yang mempunyai tenaga yang kuat seperti aku," kata Sang Gajah dengan megah.
Musim hujan datang melanda hutan. Guruh berdentum dan kilat memanah di atas langit. Semua binatang duduk di dalam rumah masing-masing. Sang Gajah juga duduk di dalam rumah dan memandang hutan dari tingkap rumah. Sang Gajah bertanya," Bila aku boleh keluar dari rumah?"
Apabila langit cerah semula, semua binatang berasa gembira dan keluar dari rumah. Sang Gajah terus meluru keluar dari rumah dan menghentakkan kaki dengan kuat. Tetapi Sang Gajah terpaksa berhenti apabila tiba di kawasan pokok tumbang.
Sang Gajah berkata," Mari lihat kekuatan aku."
Sang Gajah cuba mengangkat pokok yang tumbang. Oleh kerana terlalu berat, Sang Gajah tidak berdaya mengangkatnya. Semua binatang datang membantu. Akhirnya, pokok tumbang yang berat itu dapat dipindahkan ke tepi.
Sang Kancil berkata," Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh." Sang Gajah malu dengan sikap bongkaknya.
No comments:
Post a Comment