Pada suatu hari, seorang lelaki menangkap Si Ketam dan meletakkannya ke dalam sebuah baldi ungu. Si Ketam cuba merangkak keluar dari baldi ungu tetapi tidak berjaya. Si Ketam berasa sungguh sedih.
"Tabahkanlah hati, wahai kawanku. Kami juga terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawan kami," kata ketam-ketam lain yang berada di dalam baldi ungu.
Pada masa itu, Si Ketam terlihat Si Burung Camar sedang terbang di atas langit. Si Ketam menangis dan mengucapkan selamat tinggal kepada Si Burung Camar. Si Ketam kini hanya mampu duduk memikirkan nasibnya.
Lelaki itu mengangkat baldi ungu lalu meninggalkan pantai. Lelaki itu berjalan menuju ke arah keretanya. Tiba-tiba, baldi ungu bergoyang dengan kuat dan tergolek ke atas lantai. Semua ketam merangkak keluar dari baldi ungu. Rupa-rupanya, sekawan burung sedang menyerang lelaki itu dan lelaki itu bergegas masuk ke dalam kereta.
"Pagi tadi puas aku mencari engkau. Nasib baik ada burung camar ternampak engkau di dalam baldi ungu. Lepas itu, aku memanggil semua burung datang menyelamatkan engkau," kata Si Burung Camar.
Si Ketam mengucapkan terima kasih kepada semua burung lalu memeluk sahabat baiknya.
No comments:
Post a Comment