Friday, 6 August 2021

BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 7 (PLANET MARIKH)

Hari  ini  Bobi  akan  membawa  kawan-kawan  melihat  jiran  bumi  iaitu  planet  Marikh  (English  known  as  Mars).  Sungguh  gembira  mengembara  di  ruang  angkasa  lepas.  Roket  Riatelah  mengambil  kira-kira  300  hari  untuk  terbang  dari  bumi  ke  planet  Marikh.
    
    Kalau  dilihat  dari  jauh,  planet  Marikh  berwarna  merah  dan  mempunyai  dua  bulan.  Menarik  betul  jika  langit  kita  mempunyai  dua  bulan.  Atmosfera  planet  Marikh  pula  sangat  nipis.  Oleh  itu,  planet  Marikh  sentiasa  mempunyai  suhu  yang  rendah.

    Planet  Marikh  mempunyai  takungan  air  beku  yang  luas,  gunung  berapi  yang  tinggi,  ribut  debu  dan  kandungan  oksigen  yang  rendah.  Bagaimana  dengan  saiz  planet  Marikh?  Cuba  teka,  kawan-kawan.  Planet  Marikh  atau  bumi  mempunyai  saiz  yang  lebih  besar?

    Satu  hari  di  planet  Marikh  adalah  24  jam  dan  37  minit  dan  satu  tahun  di  planet  Marikh  adalah  687  hari  di  bumi.   

    Sekarang  mari  Bobi  menjawab  soalan  tadi.  Jawapannya  ialah  bumi.  Ini  adalah  kerana  saiz  Marikh  hanya  kira-kira  separuh  daripada  saiz  bumi.  Tahniah  kepada  kawan-kawan  yang  menjawab  dengan  betul.

    Sampai  di  sini  sahaja  pengalaman  ke  planet  Marikh  bersama  Bobi.  Jumpa  lagi  di  episod  yang  seterusnya.  Ta-ta.

No comments:

Post a Comment