******************** "Kakak, tunggu adik," jerit Lee San sambil berlari dengan sepenuh tenaga.
Lee San tercunggap-cunggap lalu tersenyum kepada Mei San. "Nah, ambil ini!" kata Lee San. "Bekalan makanan ini disediakan oleh ibu. Ini pula untuk saya," kata Lee San lagi.
Mei San membalas senyuman Lee San. Mei San mengelap peluh pada muka Lee San. Hubungan Mei San dan Lee San agak rapat sejak kecil lagi. Walaupun berlainan ibu kandung, tetapi hubungan Mei San dan Lee San seperti aur dengan tebing.
Tetapi hubungan Mei San dan Lee San ditakdirkan mengalami rintangan. Semasa Mei San berumur lima belas tahun, bapa Mei San tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit jantung. Ibu Lee San mewarisi semua harta benda yang dimiliki oleh suaminya. Tidak lama kemudian, Mei San berasa tidak puas hati dengan layanan dingin daripada ibu Lee San. Malah Mei San berasa ibu Lee San bersikap pilih kasih terhadap anak kandungnya, Lee San. Mei San kerap bertengkar dengan ibu Lee San.
Dua bulan kemudian, Mei San dihantar ke sekolah asrama penuh manakala Lee San meneruskan pelajarannya di sekolah antarabangsa. Sejak hari itu, hubungan Mei San dan Lee San menjadi lenggang. Mei San belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya mendapat biasiswa penuh ke universiti luar negara.
********************
Mei San koma selama dua hari. Apabila Mei San sedar, Lee San sedang duduk di tepi katilnya. Rupa dan bentuk badan Lee San telah banyak berubah. Namun, senyuman Lee San tetap manis seperti dahulu.
Mei San dan Lee San berbual selama tiga jam. Rupa-rupanya ibu Lee San telah meninggal dunia dua minggu lalu akibat penyakit barah. Ibu Lee San telah meninggalkan sepucuk surat untuk Mei San.
Selepas membaca surat peninggalan ibu Lee San, hati Mei San berasa pilu. Sejak bapa meninggal dunia, ibu Lee San telah mengambil alih perniagaan bapa yang hampir lingkup. Ibu Lee San telah menjual hampir semua harta benda milik bapa demi meneruskan perniagaan bapa. Lee San dapat meneruskan pelajarannya di sekolah antarabangsa atas tajaan Mak Cik Mina, sepupu ibu Lee San yang tinggal di Kanada.
Mei San menangis dengan sekuat hatinya. "Maafkan aku, Lee San. Oh, ibu! Maafkan aku, ibu," ujar Mei San sambil memeluk Lee San dengan erat.
(TAMAT)
Sila tekan sini untuk membaca bahagian 1