Dalam masa lima tahun, syarikat Mei San telah menjadi terkenal. Syarikat Mei San mempunyai urusan perniagaan dengan artis tempatan dan juga antarabangsa. Walaupun Mei San amat berjaya dalam kerjayanya, namun Mei San tinggal di kondominium mewah bersendirian. Mei San tidak pernah berhubung dengan keluarganya sejak keluar dari universiti.
Pada suatu pagi, Mei San sedang menunggu drebarnya di bawah kondominium mewah. Drebar akan memandu kereta mewah untuk menghantar Mei San ke syarikat setiap pagi seperti biasa. Apabila drebar membuka pintu untuk Mei San, tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu oleh pemabuk meluru ke arah Mei San.
Mei San terjatuh di atas lantai dan kepalanya berdarah teruk. Dalam keadaan pening, Mei San terdengar suara adik tirinya, Lee San sedang memanggil namanya.
"Lee San? Awakkah Lee San?" kata Mei San dengan suara yang lemah.
Suasana menjadi huru-hara sehingga ambulans tiba di tempat kejadian. Tangan Mei San dipegang rapat oleh seseorang tetapi Mei San tidak dapat melihat dengan jelas. Mei San pengsan tidak lama selepas mendengar bunyi siren ambulans.
(BERSAMBUNG)
Sila tekan sini untuk membaca bahagian 2
No comments:
Post a Comment