Beruang Mimi adalah seekor beruang yang penakut. Sejak dari kecil lagi, Beruang Mimi tidak suka bersendirian. Beruang Mimi akan berdamping dengan Beruang Mama. Beruang Mimi akan mengikut ke mana-mana jua Beruang Mama berada. Beruang Mama dan Beruang Papa amat menyayangi Beruang Mimi seperti menatang minyak yang penuh.
Apabila mencapai umur dewasa, Beruang Mimi masih mendampingi Beruang Mama. Kawan-kawan Beruang Mimi mula mengejeknya. Lama-kelamaan kawan-kawan Beruang Mimi yang nakal mempermainkan Beruang Mimi. Mereka mengunci Beruang Mimi di dalam bilik stor gelap.
Beruang Mimi menangis selama dua hari kerana ketakutan. Ini membuat Beruang Mama dan Beruang Papa risau melihat keadaan Beruang Mimi. Selepas Beruang Papa berbincang dengan Beruang Mama, mereka berdua mencapai kata sepakat. Beruang Papa membawa Beruang Mimi ke dalam hutan untuk berburu.
Beruang Mimi enggan masuk ke dalam hutan tetapi setelah dipujuk oleh Beruang Mama, Beruang Mimi bersetuju mengikut Beruang Papa untuk sehari.
Keadaan di dalam hutan sungguh sepi berbanding di kampung Beruang Mimi. Bunyi unggas dan serangga jelas kedengaran dan Beruang Mimi menggeletar. Beruang Mimi cuba berjalan rapat dengan Beruang Papa tetapi terpijak kasut Beruang Papa.
Tiba-tiba Beruang Papa terjatuh dan pengsan di atas lantai hutan. Beruang Mimi menjadi panik dan jantung berdegup kencang. Beruang Mimi menggoncang badan Beruang Papa tetapi Beruang Papa tidak bergerak. Beruang Mimi berasa takut kerana dia bersendirian di dalam hutan. Fikiran Beruang Mimi semakin bercelaru.
(BERSAMBUNG)
Sila tekan sini untuk membaca bahagian 2
No comments:
Post a Comment