Thursday, 21 July 2022

ADIK TIRI (BAHAGIAN 1)


Mei  San  adalah  seorang  usahawan  yang  berjaya.  Sejak  Mei  San  menghabiskan  ijazahnya  di  universiti  luar  negara,  Mei  San  memulakan  kerjayanya  dengan  menjual  barangan  komestik.  Mei  San  bertungkus  lumus  setiap  hari  sehingga  berjaya  membina  syarikat  sendiri.

    Dalam  masa  lima  tahun,  syarikat  Mei  San  telah  menjadi  terkenal.  Syarikat  Mei  San  mempunyai  urusan  perniagaan  dengan  artis  tempatan  dan  juga  antarabangsa.  Walaupun  Mei  San  amat  berjaya  dalam  kerjayanya,  namun  Mei  San  tinggal  di  kondominium  mewah  bersendirian.  Mei  San  tidak  pernah  berhubung  dengan  keluarganya  sejak  keluar  dari  universiti.

    Pada  suatu  pagi,  Mei  San  sedang  menunggu  drebarnya  di  bawah  kondominium  mewah.  Drebar  akan  memandu  kereta  mewah  untuk  menghantar  Mei  San  ke  syarikat  setiap  pagi  seperti  biasa.  Apabila  drebar  membuka  pintu  untuk  Mei  San,  tiba-tiba  sebuah  kereta  yang  dipandu  oleh  pemabuk  meluru  ke  arah  Mei  San.

    Mei  San  terjatuh  di  atas  lantai  dan  kepalanya  berdarah  teruk.  Dalam  keadaan  pening,  Mei  San  terdengar  suara  adik  tirinya,  Lee  San  sedang  memanggil  namanya.

       "Lee  San?  Awakkah  Lee San?"  kata  Mei  San  dengan  suara  yang  lemah.

    Suasana  menjadi  huru-hara  sehingga  ambulans  tiba  di  tempat  kejadian.  Tangan  Mei  San  dipegang  rapat  oleh  seseorang  tetapi  Mei  San  tidak  dapat  melihat  dengan  jelas.  Mei  San  pengsan  tidak  lama  selepas  mendengar  bunyi  siren  ambulans.


(BERSAMBUNG)

Sila  tekan  sini  untuk  membaca  bahagian 2


No comments:

Post a Comment