Siew Peng suka menari. Sejak dari kecil lagi, Siew Peng dihantar ke pusat tarian untuk belajar menari. Siew Peng pandai menari tarian tradisional dan balet.
Siew Peng adakalanya menari sambil menyediakan makanan di dapur. Adakalanya, Siew Peng menari sambil menyapu lantai di ruang tamu. Siew Peng juga suka menari semasa mengemas katil dan bilik tidurnya.
Siew Peng pandai melakukan pergerakan yang anggun apabila bergerak mengikut irama muzik. Siew Peng mampu melakukan pergerakan badan yang indah semasa berpusing di atas jari kakinya. Pergerakan harmoni Siew Peng sering mendapat pujian daripada ibu bapa dan kawan-kawannya.
Tarian adalah seperti makanan ruji kepada Siew Peng. Setiap kali Siew Peng menari, Siew Peng berasa bebas dari perasaan gelisah, tekanan dan pemikiran negatif. Siew Peng menari sehingga mandi peluh dan berasa puas hati.
"Mari menari," kata Siew Peng kepada adik-adiknya sambil membuat lompatan dengan riang.
No comments:
Post a Comment