Arnik menghadap ke arah langit pada lewat malam. Arnik melihat jam pada dinding rumah. Jam menunjukkan dua pagi tetapi Arnik tidak berasa mengantuk.
Tiba-tiba, sesuatu objek yang berkilau terbang menuju ke arah Arnik. Objek itu berbentuk bulat dan kelihatan berputar. Objek itu mendarat di ladang teh yang berhadapan dengan rumah Arnik. Dengan perasaan gelisah, Arnik bergerak keluar dari rumah dan menyelinap ke dalam pondok bersebelahan dengan ladang teh.
Arnik melihat satu makhluk asing yang berbadan hijau sedang turun dari kapal angkasa. Makhluk asing seperti sedang menunggu sesuatu. Sejurus kemudian, muncul seorang perempuan yang dikenali oleh Arnik. Dia adalah rakan sekelas Arnik yang bernama Minah.
Apabila Minah asyik berbincang dengan makhluk asing, Arnik tersepak botol-botol kaca. Hati Arnik berdegup pantas. Bunyi botol-botol kaca yang bergulung di atas lantai telah menarik perhatian makhluk asing dan Minah.
Makhluk asing berjalan menuju ke pondok. Peluh membasahi muka Arnik. Jari-jari Arnik bergenggam erat sambil berdoa agar dia terselamat dari malapetaka. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi tangga papan berkeriuk. Makhluk asing sedang menaiki tangga pondok.
BERSAMBUNG...
Sila tekan sini untuk bahagian 2
No comments:
Post a Comment