Pada setiap minggu, ibu bapa Rafidah selalu membawa Rafidah ke taman bunga yang berdekatan dengan rumah mereka. Di taman bunga itu, terdapat banyak bunga yang sungguh cantik.
Rafidah selalu memetik bunga-bunga yang cantik lalu membuang bunga-bunga yang dipetiknya di merata-rata tempat. Ibu bapa Rafidah menegur perbuatan Rafidah tetapi Rafidah tidak mendengar kata ibu bapanya.
Pada suatu malam, sebelum masuk tidur, ibu Rafidah menasihati Rafidah agar tidak memetik bunga-bunga di taman.
"Kita harus menyayangi bunga-bunga di taman bunga," kata ibu kepada Rafidah. Tetapi Rafidah berpura-pura menguap dan naik ke katilnya.
Pada tengah malam, satu makhluk hijau tiba-tiba muncul di hadapan Rafidah. Makhluk itu berasa marah dan berucap. "Rafidah anak yang jahat. Rafidah selalu memetik anak-anak aku di taman bunga. Saya akan menghukum Rafidah sekarang," kata makhluk hijau dengan suara yang garau.
Selepas menghabiskan kata-katanya, makhluk itu mengambil gunting lalu menggunting rambut Rafidah sehingga botak. Rafidah menjerit meminta tolong.
Rafidah terkejut dari mimpi dan berlari menuju ke bilik ibu bapanya. "Saya akan sayang bunga-bunga di taman bunga seperti ibu bapa sayang aku," kata Rafidah sambil menangis tersedu-sedu.
No comments:
Post a Comment