Monday, 28 February 2022

PEPPA PIG STORYTIME FUN



Ages 2-6 |  148 Pages


Publisher : Ladybird Books

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : 6 great stories in 1 book.

This book definitely for Peppa Pig lovers. This book includes the stories of Peppa's Circus, The Children Fete, Peppa's Sandpit, Granny Pig's Perfume, Grampy Rabbit in Space and Mr Bull in a China Shop. It is suitable for young learners and durable quality. It would be a nice gift for those young learners who fancy about Peppa Pig and family. My girl loves Peppa Pig and this book gets her excited during her story time. 


Buku cerita ini mempunyai enam cerita mengenai Peppa Pig yang sungguh menarik. Cerita termasuklah  Peppa's Circus, The Children Fete, Peppa's Sandpit, Granny Pig's Perfume, Grampy Rabbit in Space and Mr Bull in a China Shop. Buku cerita ini sesuai untuk anak kecil  dan kualiti buku yang baik. Buku cerita ini juga sesuai untuk dijadikan hadiah untuk si manja yang suka akan watak Peppa Pig dan keluarganya. Anak perempuan saya suka watak Peppa Pig dan berasa teruja setiap kali buku cerita ini dibaca. 


Sunday, 27 February 2022

MAKHLUK ASING (BAHAGIAN 1)

Arnik  menghadap  ke  arah  langit  pada  lewat  malam.  Arnik  melihat  jam  pada  dinding  rumah.  Jam  menunjukkan  dua  pagi  tetapi  Arnik  tidak  berasa  mengantuk.

    Tiba-tiba,  sesuatu  objek  yang  berkilau  terbang  menuju  ke  arah  Arnik.  Objek  itu  berbentuk  bulat  dan  kelihatan  berputar.  Objek  itu  mendarat  di  ladang  teh  yang  berhadapan  dengan  rumah  Arnik.  Dengan  perasaan  gelisah,  Arnik  bergerak  keluar  dari  rumah  dan  menyelinap  ke  dalam  pondok  bersebelahan  dengan  ladang  teh.

    Arnik  melihat  satu  makhluk  asing  yang  berbadan  hijau  sedang  turun  dari  kapal  angkasa.  Makhluk  asing  seperti  sedang  menunggu  sesuatu.  Sejurus  kemudian,  muncul  seorang  perempuan  yang  dikenali  oleh  Arnik.  Dia  adalah  rakan  sekelas  Arnik  yang  bernama  Minah.

    Apabila  Minah  asyik  berbincang  dengan  makhluk  asing,  Arnik  tersepak  botol-botol  kaca.  Hati  Arnik  berdegup  pantas.  Bunyi  botol-botol  kaca  yang  bergulung  di  atas  lantai  telah  menarik  perhatian  makhluk  asing  dan  Minah.

    Makhluk  asing  berjalan  menuju  ke  pondok.  Peluh  membasahi  muka  Arnik.  Jari-jari  Arnik  bergenggam  erat  sambil  berdoa  agar  dia  terselamat  dari  malapetaka.  Tidak  lama  kemudian,  kedengaran  bunyi  tangga  papan  berkeriuk.  Makhluk  asing  sedang  menaiki  tangga  pondok.  


BERSAMBUNG...


Sila  tekan sini untuk bahagian 2

Saturday, 26 February 2022

JAMES AND THE GIANT PEACH

Written by Roald Dahl


Illustrated by Quentin Blake

Ages 7+ |  160 Pages

Publisher : Puffin Books

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : James Henry Trotter's parents have been eaten by a rhinoceros, so now he lives with his two repulsive aunts.

This is another interesting book from Roald Dahl. Story begins with a poor boy name James Henry Trotter who lost his parents and he had to stay  in a queer ramshackle house with his wicked aunties, Aunt Sponge and Aunt Spiker. His life become sorrow for three years.  Then one day, an old man in a funny dark-green suit appears and gives James a bag of green little stones size of a grain of rice. The old man swears that green little stones could reverse his miserable life. But James spills the little stones near the old peach tree. From old tree, a peach grows and grows and grows until it becomes into a giant peach. James miserable life turns into an adventure.

Great adventure books with amusing character brings you another imaginary world. My kids love this book very much. 



Buku cerita ini adalah salah sebuah buku yang ditulis oleh Roald Dahl. Cerita bermula dengan seorang budak lelaki yang bernama James Henry Trotter yang telah kehilangan ibu bapa. James terpaksa tinggal dengan Mak Cik Sponge dan Mak Cik Spiker di sebuah rumah yang lama. Kedua-dua mak ciknya memberi layanan buruk kepada James. Selepas tiga tahun, seorang lelaki tua yang berbaju hijau tua muncul di laman rumah dan memberi bag yang mengandungi batu-batu hijau kecil kepada James. Batu-batu hijau mempunyai kuasa untuk mengubah hidupnya tetapi James secara tidak sengaja menjatuhkan semua batu hijau ke atas tanah berhampiran dengan pokok pic. Sebiji pic tumbuh dengan cepat dan membesar sehingga menjadi gergasi pic. Hidup James berubah dan penuh dengan pengembaraan. 

Buku ini penuh dengan cerita pengembaraan dan watak yang menghiburkan serta memberi ruangan imaginasi untuk anak-anak sekalian. Anak saya suka membaca buku cerita ini. 






YAK IS DOING YOGA


 YQ 9 years old | YQ 9 tahun

This drawing illustrated a yak is doing morning yoga on yoga mat. Yak is moving slowly through each pose and breathing calmly. 

Lukisan ini menggambarkan seekor yak sedang membuat senaman yoga di atas tikar. Yak melakukan gerakan yoga dengan perlahan dan bernafas dengan tentang.


Friday, 25 February 2022

THE HUNGRY FROG | READ ALOUD


 

Wiggle, wiggle went the hungry frog's eyes as he looked around for lunch...

Please come and join my read aloud session here. If you have this book, we can read aloud together.  There's nothing like holding amazing books, experience the greatest fun and read those books over and over again.



Friday, 18 February 2022

TELUR UNTUK SARAPAN


Telur  adalah  makanan  kegemaran  bagi  kebanyakan  orang.  Telur  boleh  dijadikan  sarapan  yang  lazat  dan  berkhasiat.  Menu  sarapan  ringkas  seperti  telur  mata  kerbau,  telur  didih  separuh  masak,  roti  telur  goreng,  telur  dadar  sayuran  dan  pasta  dengan  telur  digemari  ramai.

    Telur  mempunyai  sumber  protein  yang  baik  untuk  kesihatan  badan.  Ia  dapat  membantu  pembentukan  otot  dan  tulang.  Asid  amino  di  dalam  telur  juga  mengandungi  sumber  tenaga  dan  boleh  membantu  anda  kenyang  lebih  lama.

    Selain  itu,  telur  dapat  menguatkan  daya  ingatan.  Sumber  kolin  yang  terdapat  di  dalam  telur  mampu  menguatkan  fungsi  otak.  Telur  juga  kaya  dengan  pelbagai  nutrisi  seperti  vitamin  A, D  dan  E.

    Emak  saya  suka  menyediakan  sarapan  saya  dengan  telur,  roti,  susu  dan  sayur-sayuran.  Di  antara  menu  sarapan  telur,  saya  paling  suka  makan  telur  mata  kerbau.  Bagaimana  pula  dengan  anda?

    


Thursday, 17 February 2022

RAFIDAH SUKA MEMETIK BUNGA


Pada  setiap  minggu,  ibu  bapa  Rafidah  selalu  membawa  Rafidah  ke  taman  bunga  yang  berdekatan  dengan  rumah  mereka.  Di  taman  bunga  itu,  terdapat  banyak  bunga  yang  sungguh  cantik.


    Rafidah  selalu  memetik  bunga-bunga  yang  cantik  lalu  membuang  bunga-bunga  yang  dipetiknya  di  merata-rata  tempat.  Ibu  bapa  Rafidah  menegur  perbuatan  Rafidah  tetapi  Rafidah  tidak  mendengar  kata  ibu  bapanya.

    Pada  suatu  malam,  sebelum  masuk  tidur,  ibu  Rafidah  menasihati  Rafidah  agar  tidak  memetik  bunga-bunga  di  taman.  

    "Kita  harus  menyayangi  bunga-bunga  di  taman  bunga,"  kata  ibu  kepada  Rafidah.  Tetapi  Rafidah  berpura-pura  menguap  dan  naik  ke  katilnya.

    Pada  tengah  malam,  satu  makhluk  hijau  tiba-tiba  muncul  di  hadapan  Rafidah.  Makhluk  itu  berasa  marah  dan  berucap.  "Rafidah  anak  yang  jahat.  Rafidah  selalu  memetik  anak-anak  aku  di  taman  bunga.  Saya  akan  menghukum  Rafidah  sekarang,"  kata  makhluk  hijau  dengan  suara  yang  garau.

    Selepas  menghabiskan  kata-katanya,  makhluk  itu  mengambil  gunting  lalu  menggunting  rambut  Rafidah  sehingga  botak.  Rafidah  menjerit  meminta  tolong.

    Rafidah  terkejut  dari  mimpi  dan  berlari  menuju  ke  bilik  ibu  bapanya.  "Saya  akan  sayang  bunga-bunga  di  taman  bunga  seperti  ibu bapa  sayang  aku,"  kata  Rafidah  sambil  menangis  tersedu-sedu.

Friday, 11 February 2022

SIEW PENG SUKA MENARI

 

Siew  Peng  suka  menari.  Sejak  dari  kecil  lagi,  Siew  Peng  dihantar  ke  pusat  tarian  untuk  belajar  menari.  Siew  Peng  pandai  menari  tarian  tradisional  dan  balet.

    Siew  Peng  adakalanya  menari  sambil  menyediakan  makanan  di  dapur.  Adakalanya,  Siew  Peng  menari  sambil  menyapu  lantai  di  ruang  tamu.  Siew  Peng  juga  suka  menari  semasa  mengemas  katil  dan  bilik  tidurnya.

    Siew  Peng  pandai  melakukan  pergerakan  yang  anggun  apabila  bergerak  mengikut  irama  muzik.  Siew  Peng  mampu  melakukan  pergerakan  badan  yang  indah  semasa  berpusing  di  atas  jari  kakinya.  Pergerakan  harmoni  Siew  Peng  sering  mendapat  pujian  daripada  ibu  bapa  dan  kawan-kawannya.

    Tarian  adalah  seperti  makanan  ruji  kepada  Siew  Peng.  Setiap  kali  Siew  Peng  menari,  Siew  Peng  berasa  bebas  dari  perasaan  gelisah,  tekanan  dan  pemikiran  negatif.  Siew  Peng  menari  sehingga  mandi  peluh  dan  berasa  puas  hati.  

    "Mari  menari,"  kata  Siew  Peng  kepada  adik-adiknya  sambil  membuat  lompatan  dengan  riang.

Saturday, 5 February 2022

PERAYAAN LI CHUN

Ibu  dan  Keng  Keng  sibuk  menyiapkan  kerja  rumah.  Seperti  biasa,  bapa  telah  mula  bekerja  pada  hari  Tahun  Baru  Cina  keempat.  Lebih  kurang  pada  pukul  empat  petang,  ibu  dan  Keng  Keng  berkumpul  di  ruang  tamu  dengan  beberapa  biji  telur  di  atas  papan  telur.

    Ibu  duduk  di  atas  lantai  manakala  Keng  Keng  meniarap  di  atas  lantai.  Masing-masing  memberi  tumpuan  kepada  telur  yang  dipegang  oleh  mereka.  Lam  Keng,  adik  kepada  Keng  Keng  berasa  ingin  tahu  datang  menghampiri  mereka.

    "Ibu,  kakak,  apa  yang  sedang  kamu  buat?"  tanya  Lam  Keng.

    "Kami  sedang  menegakkan  telur  di  atas  lantai,"  kata  Keng  Keng.

    Lam  Keng  memerhati  ibunya  yang  berjaya  menegakkan  dua  biji  telur  di  atas  lantai.  Lam  Keng  bertepuk  tangan  tanda  rasa  gembira.  Kemudian,  Lam  Keng  menggarukan  kepalanya  lalu  bertanya  kepada  ibu.

    "Kenapa  telur  boleh  berdiri  tegak,  ibu?"  tanya  Lam  Keng.

    "Hari  ini  adalah  perayaan  Li  Chun.  Kedudukan  matahari  dan  bulan  berada  pada  garis  yang  selari.  Oleh  itu,  telur  mengalami  daya  graviti  yang  kuat.  Dalam  kepercayaan  masyarakat  Cina,  sesiapa  yang  dapat  menegakkan  telur  pada  hari  ini  akan  mendapat  berkat  dari  langit,"  ucap  ibu.

    "Kalau  begitu,  saya  pun  mahu  cuba  menegakkan  telur,  ibu,"  kata  Lam  Keng  sambil  tersenyum  riang.

Thursday, 3 February 2022

THE FIRST THIRD WISH



Written by Ian Beck


Illustrated by Ian Beck

Ages 5-9 |  96 Pages

Publisher : Barrington Stoke Ltd

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Cobweb the fairy has let a powerful magic loose in the world.  Soon there's fairy sparkle dust all over the place and buildings are appearing overnight!

This is a lovely story for an independent young children who loves to explore some fairy tales. Cobweb, a young fairy, lost the third shiny little wish which meant for a kind old wood-cutter. Cobweb managed to replace it with a spare wish in her magic pack.  But now she was facing more problems because anyone could pick the lost wish and able to make any number of wishes. Dickon found the third wish and later met Princess Isabella. 

This book has dyslexia friendly features. Working with a team of experts, Barrington Stoke has developed their own font and favourable colour page designed for dyslexia children. Although created as dyslexia friendly features, this book make reading easy for young children.
 

Buku cerita ini amat sesuai untuk kanak-kanak yang suka dengan cerita dongeng. Cobweb, bidadari muda telah kehilangan hajat ketiga yang ditujukan kepada seorang pemotong kayu yang tua. Cobweb menggantikan hajat yang telah hilang dengan hajat lain yang dibawa olehnya. Tetapi masalah lain timbul. Sesiapa yang mengutip hajat yang hilang boleh meminta hajat tanpa had. Dickon terjumpa hajat yang hilang lalu mengutipnya dan seterusnya bertemu dengan Princess Isabella.

Buku ini direka khas untuk kanak-kanak yang mengalami disleksia. Barrington Stoke dengan pasukan pakar dalam bidang ini menghasilkan reka bentuk fon dan menggunakan warna kertas yang sesuai untuk dijadikan buku bagi kanak-kanak disleksia. Walaupun buku ini direka khas untuk kanak-kanak disleksia, buku ini juga sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak kerana kandungan buku yang mudah.


About Ian Beck | Mengenai Ian Beck