Setiap hari, Pak Karim akan turun ke sawah untuk membajak sawah padi. Pekerja-pekerja di sawah padi suka akan Pak Karim kerana keramahannya.
Pak Karim mempunyai sebuah traktor yang lama. Setiap petang, Pak Karim akan memandu traktornya untuk memeriksa reban ayam, kolam itik dan kebun sayur yang tidak jauh dari rumahnya. Pak Karim juga akan memandu traktornya mengelilingi sawah padi dan menegur sapa dengan penduduk kampung.
Setiap minggu, isteri Pak Karim akan memasak banyak makanan dan dibungkus dengan rapi. Setelah itu, Pak Karim akan mengagihkan makanan yang dibungkus kepada keluarga miskin dengan traktornya.
Pada suatu hari, traktor Pak Karim rosak dan tidak dapat dibaiki semula. Pak Karim mengayuh sebuah basikal untuk memeriksa reban ayam, kolam itik dan kebun sayur. Pak Karim juga mengayuh basikalnya mengelilingi sawah padi dan mengagihkan makanan. Usaha baik Pak Karim mendapat pujian daripada penduduk kampung.
Isteri Pak Karim berasa sedih melihat suaminya yang letih lalu berkata, "Karim, apa kata kami beli sebuah motosikal?"
Pak Karim terus bersetuju. Pak Karim memberi senyuman manis kepada Minah, isteri kesayangannya dan berkata, " Sayang Minah."
No comments:
Post a Comment