Nian gao yang dibuat oleh nenek pada Sabtu yang lalu sungguh sedap. Saya dan adik asyik berdamping dengan nenek agar nenek memberi nian gao kepada kami. Nenek berkata, "Nian gao diperbuat daripada tepung pulut, tak bagus kalau makan terlampau banyak." Kami mendengar nasihat nenek.
Tidak lama kemudian, saya terlihat nenek sedang membuat persediaan. "Apa yang nenek sedang buat?"
"Nenek ingin membuat kuih loyang," kata nenek. Saya melihat nenek sibuk membuat adunan tepung campuran yang agak cair. Selepas menggaul sehingga sebati, nenek memanaskan minyak dan acuan yang berbentuk bunga. Dengan berhati-hati, nenek memasukkan acuan yang dipanaskan ke dalam tepung campuran yang cair dan kemudian memasukkan acuan balik ke dalam minyak yang panas. Nenek menggoyangkan acuan dan kuih loyang timbul di permukaan minyak. Sungguh menakjubkan.
Nenek membuat kuih loyang tanpa berhenti. Nenek berdiri di dapur selama tiga jam dan sangat tekun menyiapkan kuih loyang. Selepas selesai menyusun kuih loyang di dalam balang-balang, nenek membersihkan dapur yang berselerak.
"Kenapa Tahun Baru Cina banyak kerja harus dibuat, nenek?"
Nenek tersenyum lalu berkata, "Persediaan Tahun Baru Cina sangat memenatkan tetapi juga menggembirakan sebab ada banyak makanan yang sedap, pakaian baru, tarian singa dan ang pao."
No comments:
Post a Comment