Wednesday, 26 January 2022

LETTICE THE FLYING Rabbit | READ ALOUD

Lettice Rabbit and her family lived high up on top of the hill. Nibble, nibble,  hop, hop, every day was the same....

Please come and join my read aloud session here. If you have this book, we can read aloud together.  There's nothing like holding amazing books, experience the greatest fun and read those books over and over again.



TIGER AND TURTLE HAVING A TEA IN A TRAIN

 



YQ, 9 years old | YQ, 9 tahun
 
This drawing illustrated a pair of good friend, Turtle and Tiger having a great time in a train. Special thanks to Teacher Komeil.

Lukisan ini menggambarkan Sang Harimau dan Sang Kura-kura sedang menikmati secawan teh sambil berbual-bual di dalam keretapi. Terima kasih diucapkan khusus untuk Cikgu Komeil.

Tuesday, 25 January 2022

KUIH LOYANG

Nian  gao  yang  dibuat  oleh  nenek  pada  Sabtu  yang  lalu  sungguh  sedap.  Saya  dan  adik  asyik  berdamping  dengan  nenek  agar  nenek  memberi  nian  gao  kepada  kami.  Nenek  berkata,  "Nian  gao  diperbuat  daripada  tepung  pulut,  tak  bagus  kalau  makan  terlampau  banyak."  Kami  mendengar  nasihat  nenek.

    Tidak  lama  kemudian,  saya  terlihat  nenek  sedang  membuat  persediaan.  "Apa  yang  nenek  sedang  buat?"  

    "Nenek  ingin  membuat  kuih  loyang,"  kata  nenek.  Saya  melihat  nenek  sibuk  membuat  adunan  tepung  campuran  yang  agak  cair.  Selepas  menggaul  sehingga  sebati,  nenek  memanaskan  minyak  dan  acuan  yang  berbentuk  bunga.  Dengan  berhati-hati,  nenek  memasukkan  acuan  yang  dipanaskan  ke dalam  tepung  campuran  yang  cair  dan  kemudian  memasukkan  acuan  balik  ke  dalam  minyak  yang  panas.  Nenek  menggoyangkan  acuan  dan  kuih  loyang  timbul  di  permukaan  minyak.  Sungguh  menakjubkan.

    Nenek  membuat  kuih  loyang  tanpa  berhenti.  Nenek  berdiri  di  dapur  selama  tiga  jam  dan  sangat  tekun  menyiapkan  kuih  loyang.  Selepas  selesai  menyusun  kuih  loyang  di  dalam  balang-balang,  nenek  membersihkan  dapur  yang  berselerak.

    "Kenapa  Tahun  Baru  Cina  banyak  kerja  harus  dibuat,  nenek?"  

    Nenek  tersenyum  lalu  berkata,  "Persediaan  Tahun  Baru  Cina  sangat  memenatkan  tetapi  juga  menggembirakan  sebab  ada  banyak  makanan  yang  sedap,  pakaian  baru,  tarian  singa  dan  ang pao."

Wednesday, 19 January 2022

NIAN GAO

Seminggu  sebelum  menjelang  Tahun  Baru  Cina,  keluarga  saya  membuat  persediaan  untuk  menyambut  perayaan  Tahun  Baru  Cina.  Ibu  bapa  sibuk  mengemas  rumah,  mengelap  habuk  dan  menghias  rumah  dengan  kertas-kertas  merah.

    Nenek  bersiap  sedia  mengambil  tin-tin  kosong  dan  daun  pisang.  Setelah  membalut  tin-tin  kosong  dengan  daun  pisang,  nenek  membuat  adunan  daripada  tepung  nasi  pulut,  air  dan  gula.  Timbul  perasaan  ingin  tahu,  aku  menghampiri  nenek.

    "Aku  sedang  buat  nian  gao  atau  dikenali  sebagai  kuih  bakul,"  jawab  nenek  lalu  tersenyum  dan  memandang  aku.  "Setiap  kali  menjelang  perayaan  Tahun  Baru  Cina,  nenek  akan  buat  nian  gao.  Kuih  ini  membawa  tuah  pada  musim  perayaan  ini,"  kata  nenek.


    Selepas  nenek  menuangkan  adunan  ke  dalam  tin-tin  kosong  yang  dibalut  dengan  daun  pisang,  nenek  mengukus  nian  gao.  Nenek  menggunakan  cara  tradisional,  iaitu  dengan  arang  batu.

       Setelah  nian  gao  siap,  kami  sekeluarga  menikmati  nian  gao  bersama-sama.  "Sedapnya  nian  gao  yang  dibuat  oleh  nenek,"  aku  berkata.


UNDER THE SILVERY Moon | READ ALOUD



The stars were shining brightly. Little Kitten was in bed. But up he sat, still wide awake....

Please come and join my read aloud session here. If you have this book, we can read aloud together.  There's nothing like holding amazing books, experience the greatest fun and read those books over and over again.


Monday, 17 January 2022

APPLEVILLE ELEMENTARY - FOOLED YOU


Written by Nancy Krulik

Illustrated by  Bernice Lum

Ages 6-10 |  64 Pages

Publisher : Scholastic 

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Justine can't stop playing jokes on her friends in Miss Popper's first grade class.

Story starts on the first day of April. It was April fool. Justine decides to play some jokes on her friends in April Fool. She gets more and more excited in fooling her friends. Miss Popper and her friends feel upset and tired about all her jokes. Her friends decided it was time to stop Justine's jokes. They came up a secret plan but do they succeed?

This book, I read for my boy around his 5 years old and it captivates his interest. Justine's jokes and her friends' secret plan brought some laughter to us. During his 8 years old, he was able to read all by himself. He truly enjoys this book. 

Be sure to read these other books!
1) Appleville Elementary - First Day
2) Appleville Elementary - Fire Alarm
3) Appleville Elementary - The 100th Day
 

Justine memperdayakan rakan-rakannya di dalam kelas pada hari April Fool. Justine berasa semakin seronok apabila berjaya memperdayakan rakan-rakannya. Selepas hari April Fool, Justine  meneruskan gurauannya sehingga guru kelas dan rakan-rakannya meluat dengan gurauannya. Rakan-rakan Justine merancang sesuatu untuk menghentikan gurauannya. Adakah rancangan mereka akan berjaya? 

Buku ini pernah dibaca untuk anak saya yang berumur 5 tahun. Gurauan Justine dan rancangan rakan-rakannya membawa suasana riang di antara kami. Apabila anak saya mencapai umur 8 tahun, dia berupaya membaca buku tanpa bantuan.

Jangan lupa baca buku-buku ini juga.
1) Appleville Elementary - First Day
2) Appleville Elementary - Fire Alarm
3) Appleville Elementary - The 100th Day





About Hans Nancy Krulik | Mengenai Nancy Krulik

Sunday, 16 January 2022

WHAT ARE YOU DOING IN MY Bed? | READ ALOUD

 


Kip the kitten had nowhere to sleep on a dark and cold winter's night. So he crept through a door....

Please come and join my read aloud session here. If you have this book, we can read aloud together.  There's nothing like holding amazing books, experience the greatest fun and read those books over and over again.


NIGHT-NIGHT, NEWTON | READ ALOUD



CREAK, CREAK, CRE-E-EAK! Newton woke up suddenly. There was a funny noise somewhere in the room....  

Please come and join my read aloud session here. If you have this book, we can read aloud together.  There's nothing like holding amazing books, experience the greatest fun and read those books over and over again.



Saturday, 15 January 2022

CAN'T YOU SLEEP, Dotty? | READ ALOUD





Dotty couldn't sleep. It was her first night in her new home.....  Awoooooooooooooooo...

Please come and join my read aloud session here.  If you have this book, we can read aloud together.  There's nothing like holding amazing books, experience the greatest fun and read those books over and over again.


Thursday, 13 January 2022

ORANG UTAN

Hai,  adik-adik  semua.  Monyet  atau  kera  tidak  lagi  asing  di  kalangan  kanak-kanak.  Tetapi  tahukah  anda,  terdapat  sejenis  haiwan  mamalia  yang  juga  tinggal  di  atas  pokok?

    Betul,  kawan-kawan.  Orang  utan  merupakan  sejenis  haiwan  mamalia  yang  besar  dan  tinggal  di  atas  pokok.  Haiwan  mamalia  ini  berasal  dari  negara  Malaysia  dan  Indonesia.  Sekarang, mari  kita  lihat  ciri-ciri  orang  utan.

    Orang  utan   dewasa  mempunyai  telinga,  hidung  dan  mata  yang  kecil.  Bulunya  pula  panjang  dan  berwarna  perang.  Orang  utan  tidak  mempunyai  ekor  tetapi  lengannya  agak  panjang.  Lengan  orang  utan  amat  bertenaga  dan  boleh  mencapai  dua  meter.

    Orang  utan  hidup  dengan  makan  buah-buahan,  daun-daun, kulit  kayu,  pucuk  dan  bunga.  Orang  utan  tidak  gemar  bersosial  dan  banyak  menghabiskan  masa  hidup  bersendirian  di  atas  pokok.  Oleh  itu,  orang  utan  jantan  jarang  bergaduh  atau  merebut  kawasan.

    Pusat  Rehabilitasi  Hidupan  Liar  Sepilok,  Sandakan  ditubuhkan  pada  tahun 1964.  Pusat  ini  memberi  perlindungan  kepada  orang  utan  terutamanya  anak-anak  orang  utan  yatim  piatu.  Kalau  kawan-kawan  datang  ke  Sabah,  jangan  lupa  melawat  Pusat  Rehabilitasi  Hidupan  Liar  Sepilok.  Ta-ta. 

Wednesday, 12 January 2022

A FRIGHT IN THE NIGHT

 

Written by Russell Punter


Illustrated by Gerald Guerlais

Ages 4-8 |  32 Pages

Publisher : Usborne

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : The house is dark, the blinds are drawn. But wait - is that a light?

This Book 6 in Usborne Very First Reading carries an easy reading text. This book designed for an adult and children to read together. The story begins with Jess, a vet pays a visit to a spooky house and started to treat all strange pets. The story is not spooky at all and it keeps my boy entertained with all the illustration and his imagination while reading this book.
 

Buku cerita ini adalah buku keenam dalam program Usborne Very First Reading. Buku ini direka untuk dibaca oleh ibu bapa dan anak-anak bersama-sama dan mengandungi ayat yang mudah difahami. Cerita ini bermula dengan Jess, seorang doktor haiwan yang datang melawat ke sebuah rumah seram dan merawat haiwan belaan yang ganjil. Buku ini tidak seram malah anak saya terhibur dengan gambar menarik dan imaginasinya semasa membaca buku ini.


Tuesday, 11 January 2022

THE TIN SOLDIER



Based on a story by Hans Christian Andersen

Retold by Rusell Punter

Illustrated by Lorena Alvarez

Ages 7-12 |  48 Pages

Publisher : Usborne

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Tom delighted when he receives a box of tin soldiers for his birthday. But he has no idea they come to life while he's sleep!

This book is Level Four of Usborne First Reading. The original version written by Hans Christian Andersen in 1838 had a very sad ending. Tom's one legged tin soldier lands in a big trouble because he falls in love with a pretty ballerina.  This retold version by Russell Punter carries a lovely and happy ending. With delightful illustrations and simple text, young readers able to enjoy the adventures of the one legged tin soldier before he finally home.


Buku cerita ini adalah tahap keempat dalam program Usborne First Reading. Versi asal buku ini adalah ditulis oleh Hans Christian Andersen pada tahun 1838 dan kisahnya mempunyai pengakhiran yang menyedihkan. Askar tin mainan yang tempang berdepan dengan masalah yang besar apabila askar tin mainan jatuh hati kepada patung penari ballet. Versi yang diceritakan semula oleh Russell Punter mempunyai pengakhiran yang gembira. Dengan gambar yang menarik dan ayat mudah, kanak-kanak dapat menikmati penggembaraan askar tin mainan sehingga berjaya balik ke rumah akhirnya.


About Hans Christian Andersen | Mengenai Hans Christian Andersen

He was born in Denmark in 1805, the son of a poor shoemaker. He left home at fourteen to seek his fortune and became famous all over the world as a writer of fairy tales.

Beliau dilahirkan di Denmark pada tahun 1805. Beliau adalah anak kepada seorang tukang kasut yang sangat miskin.  Beliau meninggalkan rumah pada usia 14 untuk mencari rezeki dan berjaya menjadi seorang penulis cerita dongeng yang terkenal di seluruh dunia.


Tuesday, 4 January 2022

PAK KARIM


Pak  Karim  adalah  seorang  petani  yang  sangat  rajin  bekerja.  Anak-anak  Pak  Karim  bekerja  di  luar  negara  dan  sering  mengirim  wang  kepada  Pak  Karim.  Walaupun  Pak  Karim  mampu  hidup  senang  tetapi  Pak  Karim  tidak  pernah  angkuh.  

    Setiap  hari,  Pak  Karim  akan  turun  ke  sawah  untuk  membajak  sawah  padi.  Pekerja-pekerja  di  sawah  padi  suka  akan  Pak  Karim  kerana  keramahannya.

    Pak  Karim  mempunyai  sebuah  traktor  yang  lama.  Setiap  petang,  Pak  Karim  akan  memandu  traktornya  untuk  memeriksa  reban  ayam,  kolam  itik  dan  kebun  sayur  yang  tidak  jauh  dari  rumahnya.  Pak  Karim  juga  akan  memandu  traktornya  mengelilingi  sawah  padi  dan  menegur  sapa  dengan  penduduk  kampung.  

    Setiap  minggu,  isteri  Pak  Karim  akan  memasak  banyak  makanan  dan  dibungkus  dengan  rapi.  Setelah  itu,  Pak  Karim  akan  mengagihkan  makanan  yang  dibungkus  kepada  keluarga  miskin  dengan  traktornya.

    Pada  suatu  hari,  traktor  Pak  Karim  rosak  dan  tidak  dapat  dibaiki  semula.  Pak  Karim  mengayuh  sebuah  basikal  untuk  memeriksa  reban  ayam,  kolam  itik  dan  kebun  sayur.  Pak  Karim  juga  mengayuh  basikalnya  mengelilingi  sawah  padi  dan  mengagihkan  makanan.  Usaha  baik  Pak  Karim  mendapat  pujian  daripada  penduduk  kampung.

    Isteri  Pak  Karim  berasa  sedih  melihat  suaminya  yang  letih  lalu  berkata, "Karim,  apa  kata  kami  beli  sebuah  motosikal?"   

    Pak  Karim  terus  bersetuju.  Pak  Karim  memberi  senyuman  manis  kepada  Minah,  isteri  kesayangannya  dan  berkata,  "  Sayang  Minah."

Sunday, 2 January 2022

THE PRINCESS AND THE PEA


Based on story by  Hans Christian Andersen


Retold by Susanna Davidson

Illustrated by Mike Gordon

Ages 6-9 |  48 Pages

Publisher : Usborne

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Prince Patrick wants to marry a real princess but they're not easy to find. Still, anything is possible with the help of a cousin, a witch and a pea...

This book is in Series One of Usborne Young Reading and carries an easy reading text. This book is very suitable for a young reader who have just started reading alone. It is easy to understand with attractive pictures. For those kids who enjoy parents companion during reading story books, the book provides you an interesting story from the beginning.


Buku cerita ini adalah siri pertama dalam program Usborne Young Reading. Buku ini amat sesuai bagi kanak-kanak yang mula membaca buku cerita sendiri. Buku ini merangkumi ayat yang mudah dibaca, difahami dan gambar-gambar yang menarik. Buku ini juga boleh dibaca oleh ibu bapa kepada kanak-kanak yang masih memerlukan bimbingan. Kanak-kanak tidak akan berasa jemu kerana jalan cerita yang menarik.


About Hans Christian Andersen | Mengenai Hans Christian Andersen

He was born in Denmark in 1805, the son of a poor shoemaker. He left home at fourteen to seek his fortune and became famous all over the world as a writer of fairy tales.

Beliau dilahirkan di Denmark pada tahun 1805. Beliau adalah anak kepada seorang tukang kasut yang sangat miskin.  Beliau meninggalkan rumah pada usia 14 untuk mencari rezeki dan berjaya menjadi seorang penulis cerita dongeng yang terkenal di seluruh dunia.


Saturday, 1 January 2022

QUEEN BEE FLOWER LAND


YQ, 9 years old | YQ, 9 tahun
 
This drawing illustrated an incredible Queen Bee is taking care of her own flower land by instructed her diligent worker bees to harvest nectar and bring back to their hives to produce honey. Special thanks to Teacher Komeil.

Lukisan ini menggambarkan Permaisuri Lebah yang sedang rajin menguruskan ladang bunga. Permaisuri Lebah memanggil pekerja lebah untuk memungut nektar dan dibawa balik ke sarang lebah bagi menghasilkan madu. Terima kasih diucapkan khusus untuk Cikgu Komeil.