Friday, 17 September 2021

SAYA SAYANG AKAN BUMI

Bumi  adalah  tempat  yang  amat  cantik.  Bumi mempunyai  gunung,  bukit,  sungai,  gua,  laut  dan  hutan.  Banyak  haiwan  dan  tumbuh-tumbuhan  hidup  di  bumi.  Dengan  cahaya  matahari,  semua  hidupan  di  bumi  dapat  tumbuh  dan  hidup  dengan  selesa.

    Selain  haiwan  dan  tumbuh-tumbuhan,  manusia  juga  hidup  di  bumi.  Pada  zaman  purba,  manusia  adalah  hidup  di  dalam  gua.  Manusia  hidup  dengan  bercucuk  tanam  dan  memburu  haiwan.  Pada  masa  itu,  manusia  hidup  secara  berkelompok  dan  mengamalkan  hidup  saling  tolong-menolong.

    Sehingga  kini,  manusia  masih  hidup  secara  berkelompok  iaitu  dikenali  sebagai  masyarakat.  Manusia  hidup  lebih  bertamadun  dan  masih  mengamalkan  hidup  saling  tolong-menolong.  Manusia  mendirikan  kilang,  bangunan  tinggi  dan  banyak  bergantung  kepada  teknologi  yang  canggih.  Banyak  ciptaan  manusia  seperti  telefon,  kereta,  lampu,  komputer  dan  sebagainya  telah  membawa  keselesaan  kepada  manusia.

    Melalui  cerita-cerita  datuk  dan  nenek,  saya  berasa  gembira  kerana  dapat  hidup  di  bumi   tanpa  peperangan.  Saya  berharap  keindahan  alam  semula  jadi  di  bumi  dapat  dikekalkan  agar  generasi  yang  akan  datang  dapat  melihat  keindahan  bumi.  Saya  sayang  akan  bumi.

No comments:

Post a Comment