Permaisuri Yin ingin menghadiahkan batu permata kepada keempat-empat puterinya apabila mereka mencapai umur dua puluh, tetapi dengan satu syarat. Keempat-empat puterinya harus menduduki peperiksaan yang bakal disediakan oleh Permaisuri Yin dan hanya puteri yang lulus akan dikurniakan batu permata daripada Permaisuri Yin.
Puteri sulung, iaitu Puteri Song An tamak dan ingin memiliki keempat-empat batu permata itu. Oleh itu, setelah Puteri Song An lulus dalam peperiksaan dan dikurniakan batu permata hijau, Puteri Song An mengecat seketul batu dengan cat hijau. Puteri Song An menunjukkan batu hijau kepada adik-adiknya. Puteri kedua, iaitu Puteri Song Chi dan puteri ketiga, iaitu Puteri Song Ru berasa hampa dan tidak lagi berusaha untuk lulus dalam peperiksaan.
Tetapi puteri bongsu, iaitu Puteri Song Mi tidak patah semangat. Puteri Song Mi berusaha keras supaya tidak menghampakan Permaisuri Yin. Puteri Song Mi lulus dalam peperiksaan dan dikurniakan batu permata ungu yang cantik.
Puteri Song Mi terkejut lalu memberitahu Permaisuri Yin mengenai ketidakjujuran Puteri Song An. Lidah Permaisuri kelu dan terus terduduk di atas kerusinya.
(BERSAMBUNG)
No comments:
Post a Comment