Kucing Mira suka bersenam. Kucing Mira akan turun ke padang untuk mengejar bola dan bermain dengan kucing-kucing yang lain. Kucing Mira juga suka melompat tinggi apabila ternampak burung-burung dan rama-rama. Kucing Mira akan bergolek di atas rumput bersama-sama dengan kawan-kawannya. Selepas bersenam, Kucing Mira berasa panas dan berpeluh. Kucing Mira akan berasa selasa setiap kali selepas berpeluh.
Kucing Mira pandai menjaga kebersihan dirinya. Kucing Mira tidak suka kotor. Oleh itu, Kucing Mira sering menjilat bulunya untuk membersihkan dirinya. Badan Kucing Mira akan berasa dingin selepas Kucing Mira membersihkan dirinya. Bulu Kucing Mira amat lembut kerana Kucing Mira pandai menjaga tubuhnya.
Kucing Mira sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Banyak kucing dan binatang-binatang lain suka berkawan dengan Kucing Mira.
No comments:
Post a Comment