Permaisuri Yin berasa sedih dengan sikap Puteri Song An yang tidak jujur. Permaisuri Yin mengurungkan diri di dalam bilik selama dua hari dan mendapat satu akal.
Permaisuri Yin mengadakan sebuah upacara ringkas di taman istana. Puteri Song An dan Puteri Song Mi dikehendaki membawa batu permata masing-masing dan disimpan di dalam beg uncang kain yang mempunyai warna yang sama dengan batu permata.
Menurut Permaisuri Yin, batu permata perlu dipamerkan di bawah bulan purnama untuk menyerap tenaga bulan. Permaisuri Yin memberi amaran kepada Puteri Song An dan Puteri Song Mi agar menjawab soalan dengan jujur apabila batu permata sedang menyerap tenaga bulan.
"Sinar batu permata akan menjadi malap jika kami tidak jujur," kata Permaisuri Yin.
Selepas upacara selesai, Puteri Song An balik ke dalam biliknya dan mendapati sinar batu permata hijau telah malap. Puteri Song An menyesal kerana bersikap tidak jujur.