Thursday, 29 July 2021
RAUNGAN DINO
Wednesday, 28 July 2021
JOHARI BERTANDING DALAM PERTANDINGAN BADMINTON
Monday, 26 July 2021
SU SIE SUKA BERKEBUN
Su Sie seorang budak perempuan yang suka berkebun. Dia selalu menolong neneknya berkebun di belakang rumahnya. Su Sie akan menyiram pokok bunga, membubuh baja dan mencantas pokok bunga. Neneknya tidak jemu mengajar Su Sie teknik-teknik menjaga pokok bunga. Di belakang rumah Su Sie, ada pokok bunga kertas, kacang bendi, betik, bunga orkid, daun kari, lidah buaya dan buah markisa.
Friday, 23 July 2021
BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 6 (BULAN)
Hai, kawan-kawan. Selamat bertemu kembali di episod keenam. Hari ini, Bobi akan membawa kawan-kawan memahami lebih dalam mengenai bulan melalui pengembaraan Roket Ria 1. Sejak misi Apollo 17 ke bulan pada tahun 1972, tiada lagi angkasawan yang menjejaki bulan selepas itu.
Wednesday, 21 July 2021
PERSEMBAHAN SARKAS
Tuesday, 20 July 2021
IKAN LUMBA-LUMBA
Sunday, 18 July 2021
BERUANG KOALA
Saturday, 17 July 2021
BOBI ANGKASAWAN YANG ULUNG EPISOD 5 (BUMI)
Selamat bertemu kembali di episod kelima. Hari ini, Bobi akan membawa kawan-kawan memahami lebih dalam mengenai bumi. Mari lihat pemandangan bumi dari Roket Ria 1. Bumi kelihatan seperti guli biru dengan awan-awan putih yang berputar-putar. Wah, cantiknya permukaan bumi!
Bumi terbentuk kira-kira 4.5 bilion tahun yang lalu. Bumi adalah satu-satunya planet yang kaya dengan sumber alam. Sebanyak 70 peratus permukaan bumi dilitupi oleh air. Tetapi bukan semua sumber air boleh diminum. 97 peratus daripada permukaan air adalah air laut.
Bumi menggunakan 365 hari untuk mengelilingi matahari. Bumi berputar 24 jam untuk melengkapkan satu bulatan pada kedudukannya. Putaran bumi adalah condong dan ini membolehkan bumi mengalami beberapa musim yang berbeza dalam satu tahun.
Bumi merupakan tempat tinggal bagi semua manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ini kerana bumi mempunyai udara, air dan tanah yang subur. Bumi juga planet kesayangan Bobi.
Mari bermain kuiz dengan Bobi. Bumi mempunyai berapa bulan?
A) 1 B) 2 C) 3
Jawapannya ialah satu bulan. Bagus, kawan-kawan kerana dapat menjawab dengan betul. Bobi akan membawa kawan-kawan ke bulan pada minggu hadapan di episod yang seterusnya. Semoga kami bertemu lagi. Ta-ta.
Thursday, 15 July 2021
KELUHAN SANG ULAR
Tuesday, 13 July 2021
AZMIN SAKIT GIGI
Azmin seorang budak yang suka makan gula-gula dan coklat. Setiap hari selepas makan malam, Azmin akan mengambil gula-gula dan makanan ringan untuk makan. Ibu Azmin menegur Azmin tetapi Azmin degil dan tidak mendengar nasihat ibunya.
Pada suatu hari, Azmin mengadu giginya sakit apabila mengunyah makanan. Azmin asyik menangis dan tidak berselera untuk makan. Ibu Azmin berasa risau dan membawa Azmin ke klinik gigi.
Apabila sampai ke klinik gigi, Azmin menangis dengan kuat. Azmin berasa takut untuk berjumpa dengan doktor gigi. Apabila namanya dipanggil, Azmin tidak bergerak dari tempat duduknya. Setelah dipujuk oleh jururawat, Azmin mengikut jururawat ke dalam bilik doktor gigi.
Di dalam bilik doktor gigi, Azmin duduk di atas kerusi pesakit. Setelah membuat pemeriksaan, doktor gigi berkata, "Gigi Azmin ada lubang dan perlu dibaiki dengan segera. Doktor akan membuat tampalan pada gigi yang berlubang. Lepas itu, gigi Azmin tidak akan sakit lagi." Azmin menganggukkan kepalanya.Selepas selesai membuat tampalan gigi, doktor gigi mengajar Azmin cara yang betul untuk memberus gigi. Doktor gigi juga menasihati Azmin agar mengurangkan makanan ringan yang boleh merosakkan gigi. Sejak hari itu, Azmin menjaga giginya dengan baik.