Thursday, 30 December 2021

LITTLE JOSH SERIES - EXCITING DAY

 



Ages 3-6 |  24 Pages

Publisher : Kids Corner

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Little Josh and his friends went to the Zoo and get to know many kinds of animals.

This picture story book is very suitable for beginner reader. Each page mostly a sentence or two, simple and easy to understand. Besides, there are some questions in some pages to engage with the young reader. It does encourage young reader to think and answer questions in the story.

You can collect other titles in the series too:
1) Little Josh Doesn't Want to Grow Up
2) Special Dinner
3) Special Day


Buku cerita bergambar ini sangat sesuai untuk memupuk minat membaca di kalangan si manja pada awal usia muda. Buku cerita ini mengandungi ayat yang ringkas dan mudah difahami. Selain itu, terdapat soalan mudah untuk si manja bagi menggalakkan mereka berfikir dan menjawab soalan yang mudah. 

Anda boleh mengumpul siri buku cerita Little Josh seperti berikut:
1) Little Josh Doesn't Want to Grow Up
2) Special Dinner
3) Special Day





Tuesday, 28 December 2021

COOL DOG, SCHOOL DOG

 


Written by Deborah Heiligman


Illustrated by Tim Bowers


Ages 3-7 |  32 Pages

Publisher : Scholastic

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Tinka is a fun dog, a sun dog, a run-and-run-and-run dog.

This story mostly for dog lovers and I bet kids love cute animals such as dogs.  Tinka is a dandy, sandy golden retriever, and it loves to mess around. It went to the school and made the teacher mad. This book is very good for young learners because easy rhyming sentences for kids to read and remember. Adorable and colourful pictures and my kids love this book. Follow Tinka dog story and you won't regret it.



Cerita ini sangat sesuai untuk kanak-kanak terutama mereka yang suka akan binatang-binatang comel seperti anjing. Tinka adalah seekor anjing yang berwarna perang keemasan dan ia sangat aktif. Tinka pergi ke sekolah dan membuat guru sekolah marah. Watak Tinka di dalam buku ini amat melucukan. Selain itu, buku ini mengandungi struktur ayat yang mudah dibaca dan gambar yang berwarna-warni untuk menarik perhatian si manja untuk membaca bersama-sama dengan ibu bapa atau dewasa.


About Author | Mengenai Penulis

Deborah Heiligman is an American author of books for children and teens. Her work ranges from picture books to young adult novels and includes both fiction and nonfiction.

Deborah Heiligman ialah seorang penulis Amerika Syarikat yang menulis buku bergambar kanak-kanak, novel remaja dan novel dewasa muda. Hasil penulisan beliau merangkumi jenis buku fiksyen dan bukan fiksyen.


PEPPA PIG - THE FIRE ENGINE

 

Ages 2-6 |  16 Pages


Publisher : Ladybird Books

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Nee-naw! Peppa and George get to ride in a big red fire engine. But will there be any fires to put out?

This is board book and definitely suitable for young learners. Durable quality and it would be a nice gift for those young learners who fancy about Peppa Pig and family. My girl loves Peppa Pig and this book gets her excited during her story time. She loves when I say "Mummies to the rescue!"

You can collect other titles in the series too:
1) Peppa's Big Race
2) Peppa Goes to Hospital
3) Daddy Pig's Fun Run
4) Baby Alexander
5) Peppa Goes to the Library
6) Peppa's First Pet
7) Peppa's Washing Day
8) Peppa Goes Ice Skating 
9) Peppa and the Big Train


Buku papan cerita ini sungguh sesuai untuk anak kecil kerana kualiti yang tebal dan tidak mudah koyak. Buku papan cerita ini sesuai untuk dijadikan hadiah untuk si manja yang suka akan watak Peppa Pig dan keluarganya. Anak perempuan saya suka watak Peppa Pig dan berasa teruja setiap kali buku cerita ini dibaca. Anak perempuan saya gemar apabila saya berkata " Mummies to the rescue!"

Anda boleh mengumpul siri buku cerita Peppa Pig seperti berikut:
1) Peppa's Big Race
2) Peppa Goes to Hospital
3) Daddy Pig's Fun Run
4) Baby Alexander
5) Peppa Goes to the Library
6) Peppa's First Pet
7) Peppa's Washing Day
8) Peppa Goes Ice Skating 
9) Peppa and the Big Train





Monday, 27 December 2021

TWINKLE, TWINKLE LITTLE STAR

 



Ages Newborn-5 |  12 Pages


Publisher : Ladybird Books

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Twinkle, twinkle little star, how I wonder what you are.

This is board book and definitely suitable for young learners. It is durable and  comes along with sing-along rhymes. The young learners can press the sound button to hear twinkle, twinkle tune sound on every page. Young learners won't feel bored and at the same, they can hum or sing together with the classic rhymes. Besides, young learners can look for the ladybird on every page and that is quite engaging. It is a perfect book for bedtime story. 


Buku papan cerita ini sungguh sesuai untuk anak kecil kerana kualiti yang tebal dan tidak mudah koyak. Buku papan cerita ini mempunyai satu butang melodi untuk si manja.  Apabila butang ini ditekan, melodi " twinkle, twinkle" akan berbunyi.  Si manja boleh bersenandung atau bernyanyi bersama dengan melodi yang dimainkan. Selain itu, si manja boleh mencari kumbang kura-kura (ladybird) di setiap muka surat.  Buku ini sungguh sesuai untuk dibaca kepada si manja pada waktu malam sebelum tidur.

THE WITCHES


Written by Roald Dahl

Illustrated by Quentin Blake

Ages 8+ |  224 Pages

Publisher : Puffin Books

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : One child a week is fifty-two a year. Squish them and squiggle them and make them disappear.

This story comes to a very interesting point. It turns your world into imaginary world that full of magic and witches. The witches are living among us and you can't even recognize them. It creeps me at some points but it arouse my interested to read more. The story also emphasizes a close relationship between a grandmother and a grandson and it reminds me about my grandmother's storytelling time.  This book I have been read for several times and the characters plotted well. How the grandmother convinced her grandson about witches, how she protected her grandson from witches and how the grandson failed the witches plan at the end. It is an amazing books and worth to read.

Cerita ini dibawa oleh Roald Dahl, seorang penulis yang terkenal. Cerita beliau membawa anda ke sebuah dunia imaginasi yang penuh dengan magik dan ahli sihir. Dunia anda berkongsi dengan ahli sihir yang berwajah manusia dan mereka sukar dikenalpasti. Kadang-kadang, cerita ini agak mengerikan tetapi pada masa yang sama, ia juga menimbulkan rasa minat saya untuk terus membaca. Cerita ini menekankan hubungan di antara nenek dan cucu dan buku ini mengingatkan saya kepada nenek saya. Watak di dalam buku ini dibawa dengan baik sekali. Bagaimana nenek menyakinkan cucunya tentang kehadiran ahli sihir, bagaimana nenek melindungi cucunya daripada ahli sihir dan bagaimana cucu mengagalkan rancangan ahli sihir. Buku ini sememangnya berbaloi untuk dibaca oleh kalangan anak-anak muda.





Thursday, 16 December 2021

ANJING JALANAN BERKAWAN BAIK


Si  Putih  dan  Si  Coklat  adalah  dua  ekor  anjing  jalanan  yang  berkawan  baik.  Mereka  tinggal  di  belakang  sebuah  bangunan  tinggi  dengan  anjing  jalanan  yang  lain.  Si  Putih  dan  Si  Coklat  amat  peramah  dan  tidak  pernah  bergaduh  dengan  anjing  jalanan  lain.  

    Berhampiran  dengan  bangunan  tinggi,  terdapat  sebuah  restoran  makanan  laut.  Jeremi  adalah  pemilik  kepada  restoran makanan  laut.  Jeremi  sangat  baik  hati  dan  mempunyai  rasa  belas  kasihan  kepada  anjing  jalananSetiap  hariJeremi  akan  menyediakan  makanan  di  dalam  bekas-bekas  untuk  anjing  jalanan.

    Si  Putih  dan  Si  Coklat  selalu  singgah  di  belakang  restoran  makanan  laut  untuk  makan  lewat  malam.  Selepas  itu,  Si  Putih  dan  Si  Coklat  akan  duduk  di  pintu  restoran  makanan  laut  semalaman.  Kadang-kadang,  Si  Putih  dan  Si  Coklat  akan  bergilir-gilir  meronda  di  sekitar  kawasan  restoran  makanan  laut.  Pada  keesokan  harinya,  mereka  terus  beredar  apabila  restoran  makanan  laut  dibuka.

    Pada  suatu  hari,  Si  Putih  menyatakan  hasratnya  untuk  menjenguk  ibu  bapanya di  kampung  halamannya.  Si  Coklat  bersetuju  dan  ingin  menemani  Si  Putih  balik  ke  kampungnya.  Mereka  berdua  lalu  menyatakan  hasrat  mereka  kepada  Jeremi.  

    Oleh  itu,  Jeremi  menyediakan  makanan  laut  yang  sedap  untuk  Si  Putih  dan  Si  Coklat  supaya  mereka  tidak  lapar  dalam  perjalanan.  Ibu  bapa  Si  Putih  berasa  gembira  apabila  melihat  Si  Putih  sampai  di  rumah.

Wednesday, 8 December 2021

TUJUH TANGLUNG DAN SANG BULAN

Pesta  Tanglung  akan  tiba  tidak  lama  lagi.  Tujuh  tanglung  yang  lama  duduk  di  dalam  stor  berasa  amat  gembira.  Tujuh  tanglung  dapat  keluar  bersiar-siar  di  laman  bunga  dan  dapat  bertemu  dengan  Sang  Bulan,  sahabat  baik  mereka.

    Pada  hari  Pesta  Tanglung,  tujuh  tanglung  dibawa  keluar  ke  laman  bunga  dan  digantung  pada  pokok-pokok  bunga.  Malam  ini  tidak  seperti  malam  Pesta  Tanglung.  Langit  kelihatan  sungguh  gelap.  Tanglung-tanglung  tidak  dapat  melihat  bulan  lalu  bertanya,  "Di manakah  Sang  Bulan  malam  ini?"  Namun,  tiada  tanglung  yang  tahu  di  mana  perginya  Sang  Bulan.

    Tiba-tiba  muncul  seekor  burung  hantu  tua.  Burung  hantu  itu  berkata,  "Sang  Bulan  kata,  dia  akan  muncul  lewat  malam  nanti  kerana  Puteri  Bulan  dan  Putera  Awan  berkahwin  pada  malam  ini.  Sang  Bulan  sekarang  berada  di  Istana  Awan."  

    Selepas  habis  berkata,  burung  hantu  itu  terbang  meninggalkan  laman  bunga.  Tanglung-tanglung  menunggu  Sang  Bulan  dengan  sabar.  Tanglung-tanglung  berasa  gembira  apabila  Sang  Bulan  muncul  di  atas  langit.  Sang  Bulan  menyinari  malam  yang  gelap  dengan  cahaya  yang  terang.  Langit  yang  murung  bertukar  menjadi  langit  yang  indah.

    Tanglung-tanglung  mendengar  kisah  perkahwinan  Puteri  Bulan  dengan  Putera  Awan  dengan  penuh  gelak  ketawa.  Mereka  berceloteh  tanpa  berhenti.  Lewat  malam  kelihatan  sunyi  bagi  manusia,  tetapi  hanya  Sang  Bulan  dan  tanglung-tanglung  tahu  betapa  meriahnya  lewat  malam  ini.

Saturday, 4 December 2021

AKU SEBIJI KEK AISKRIM

Aku  adalah  sebiji  kek  aiskrim  berperisa  vanila.  Aku  dilahirkan  di  sebuah  kedai  aiskrim  yang terletak  di  Kuala  Lumpur.  Pekerja-pekerja  di  kedai  aiskrim  adalah  pekerja  mahir  dan  terlatih  dalam  pembuatan  kek  dan  aiskrim.


    Aku  diperbuat  daripada  bahan-bahan  yang  berkualiti.  Pekerja-pekerja  menghasilkan  aku  dengan  penuh  teliti.  Mereka  menghiaskan  badan  aku  dengan  biskut  dan  coklat  yang  menyelerakan.

    Selepas  aku  dilahirkan,  aku  ditempatkan  di  dalam  peti  sejuk  kek  yang  besar.  Peti  sejuk  kek  itu  adalah  berdinding  cermin  dan  mempunyai  pintu  gelangsar  di  belakangnya.  Setiap  hari,  kedai  aiskrim  penuh  dengan  pelanggan  kerana  kedai  aiskrim  memang  sangat  terkenal  di  Kuala  Lumpur.  Setelah  aku  dipamerkan  selama  sehari,  seorang  wanita  masuk  ke  dalam  kedai  aiskrim  lalu  memilih  aku.   

    Aku  diletakkan  di  dalam  kotak  yang  istimewa  supaya  aku  tidak  cair.  Wanita  itu  membawa  aku  pulang  ke  rumahnya.  Setelah  tiba  di  rumahnya,  aku  dikeluarkan  dari  kotak  dan  diletakkan  di  atas  meja  dengan  makanan  lain  yang  kelihatan  sedap.  Keadaan  rumah  wanita  itu  sungguh  meriah.  Rupa-rupanya,  hari  ini  adalah  hari  jadi  anak  bongsunya,  Ana  yang  berumur  empat  tahun.

    Hidup  aku  sungguh  pendek  tetapi  amat  bermakna.  Aku  dilahirkan  untuk  memberi  kegembiraan  kepada  orang  yang  menyambut  hari  jadinya.  Saat  aku paling  bahagia  adalah  melihat  senyuman  manis  Ana.

Saturday, 27 November 2021

IKAN LAGA YANG BENGIS

Ikan  laga  yang  berwarna  biru  dan  merah  amat  pemarah.  Ikan  laga  tidak  suka  ikan-ikan  lain  memanggilnya  Laga  Biru.  Ikan  laga  akan  memberi  amaran  tegas.

    "Aku  adalah  ikan  yang  paling  gagah  di  dalam  laut.  Perkataan  laga  adalah  panggilan  yang  kurang  sopan  bagi  rupa  aku   yang  begitu  menawan.  Mulai  hari  ini,  engkau  semua  panggil  aku  Naga  Merah,"  kata  ikan  laga  dengan  tegas.

    Semua  ikan  berasa  takut  dengan  ikan  laga  yang  bengis.  Ikan  laga  suka  menang  dan  selalu  berlaga  dengan  ikan-ikan  yang  sengaja  mencabarnya.  Ikan-ikan  lain  takut  dicederakan  oleh  ikan  laga  dan  menurut  kehendak  ikan  laga.

    Pada  suatu  hari,  ikan  laga  termakan  umpan  yang  dipasang  oleh  seorang  budak  lelaki.  Ikan  laga  berusaha  untuk  melepaskan  diri  tetapi  gagal.  Ikan  laga  cuba  merayu  kepada  ikan-ikan  lain  untuk  menolongnya.  Namun,  tiada  seekor  ikan  yang  mahu  menolongnya.  Ikan  laga  berasa  menyesal  kerana  tidak  melayan  semua  ikan  dengan  baik.

    Ikan  laga  dibawa  balik  oleh  seorang  budak  lelaki  dan  ditempatkan  di  sebuah  balang  yang  kecil.  Sejak  hari  itu,  ikan  laga  tinggal  bersendirian  di  dalam  balang.
  

AKU SEEKOR PENYU


Hai  kawan-kawan.  Aku  adalah  seekor  anak  penyu.  Cuba  kawan-kawan  bayangkan  rupa  aku  yang  comel.  Sekarang,  mari  aku  ceritakan  kisah  hidup  aku  sebagai  seekor  penyu.
  
    Ibu  aku  akan  naik  ke  pantai  dan  menggali  lubang  untuk  dijadikan  sarang  telurnya.  Di  situlah  aku  akan  bakal  dilahirkan.  Setelah  ibu  aku  menggali  lubang  yang  dalam,  ibu  bersedia  untuk  bertelur.  Ibu  aku  bertelur  kira-kira  lima  puluh  hingga  seratus  biji  telur  di  dalam  sarangnya.

    Selepas  bertelur,  ibu  akan  menutup  sarangnya  dengan  pasir  sebelum  merangkak  balik  ke  dalam  laut.  Ibu  aku  tidak  mengeram  telurnya  seperti  burung  dan  ayam.  Sebaliknya,  suhu  pasir  membantu  proses  pengeraman  telur.

    Telur  anak  penyu  menetas  lebih  kurang  empat  puluh  lima  hingga  enam  puluh  hari.  Setelah  menetas,  aku  dan  adik-adik  aku  masing-masing  keluar  dari  sarang  dan  merangkak  ke  arah  laut

    Pada  masa  itu,  aku  hanya  bersaiz  lebih  kurang  sebiji  kacang  kenari  (walnut).  Oleh  itu,  perjalanan  aku  ke  laut  amat  mencabar.  Apabila  sampai  di  laut,  aku  berlawan  dengan  arus  air  yang  kuat  tetapi  aku  tidak  pernah  berputus  asa.  

    Aku  banyak  menghabiskan  hidup  aku  di  dalam  laut.  Aku  berharap  kebersihan  laut  dapat  dikekalkan  agar  penyu  tidak  akan  pupus.
    

    

Friday, 29 October 2021

AIMAN YANG DEGIL

Bapa  Aiman  membawa  keluarganya  pergi  bercuti  di  hotel  pada  hujung minggu.  Aiman  berasa  teruja.  Aiman  mengemas  pakaiannya  dan  baju  renang  ke  dalam  beg  pulas.  Aiman  juga  tidak  lupa  membawa  pelampung  bersama-sama  kerana  dia  ingin  berenang  di  hotel.

    Hotel  yang  bapa  Aiman  tempah  sungguh  mewah.  Di  dalam  hotel  itu,  terdapat  kolam  yang  besar,  taman  permainan  dan  akuarium  yang  cantik.  Aiman  tergamam  melihat  kecantikan  hotel  itu.

    Aiman  tidak  sabar  untuk  pergi  berenang  di  kolam  yang  besar.  Ibu  bapa  Aiman  membawa  Aiman  ke  kolam  renang.  Bapa  Aiman  duduk  di  kerusi  sambil  membaca  surat  khabar.  Ibu  Aiman  membawa  Aiman  membersihkan  diri  dan  memanaskan  badan  di  tepi  kolam.

    Ibu  Aiman  menyeru  Aiman  agar  berenang  di  kolam  renang  kanak-kanak.  Aiman  degil  dan  tidak  mendengar  nasihat  ibu.  Aiman  pergi  berenang  di  kolam  renang  dewasa  dengan  pelampungnya.  

    Aiman  bermain  dengan  gembira.  Aiman  melompat  ke  kolam  renang  dewasa  dengan  pelampungnya.  Aiman  terlalu  leka  bermain  sehingga  terlupa  menggenggam  erat  pelampungnya.  Aiman  menjerit  sekuat  hati  dan  diselamatkan  oleh  bapanya.

    Aiman  menangis  ketakutan  dan  memeluk  ibunya  apabila  dibawa  ke  tepi  kolam.  Aiman  meminta  maaf  kepada  ibu bapanya  kerana  degil  dan  tidak  mendengar  nasihatnya

Sunday, 24 October 2021

BUNGA TERATAI MERAH MUDA

Di  sebuah  taman  bunga,  terdapat  sebuah  kolam  yang  sungguh  besar.  Banyak  orang  suka  datang  ke  taman  bunga  itu.  Mereka  suka  menikmati  keindahan  bunga  teratai  yang  terapung  di  atas  kolam  itu.  Ada  yang  berwarna  merah  muda,  merah,  ungu,  jingga,  kuning  dan  biru.

    Terdapat  sekuntum  bunga  teratai  yang  amat  cantik  di  tengah-tengah  kolam  itu.  Banyak  pengunjung  datang  dan  memuji  kecantikan  bunga  teratai  itu.  Semua  bunga  teratai  iri  hati  dengan  kecantikan  bunga  teratai  yang  berwarna  merah  muda.  Oleh  itu,  bunga  teratai  merah  muda  tidak  mempunyai  kawan  dan  sentiasa  berasa  sunyi.

    Sehingga  pada  suatu  hari,  muncul  buah  teratai  yang  berwarna  hijau  di  sebelah  bunga  teratai  merah  muda.  Buah  teratai  itu  sungguh  mesra  dan  suka  berbual-bual  dengan  bunga  teratai  merah  muda.  Buah  teratai  itu  juga  suka  menyanyi  dan  kerap  menari  mengikut  irama  angin  sepoi-sepoi.

    Buah  teratai  menyeru  kawan-kawannya  agar  tidak  berasa  cemburu  dengan  bunga  teratai  merah  muda  kerana  semua  bunga  teratai  adalah  sungguh  unik.  Lama-kelamaan,  bunga  teratai  merah  muda  mendapat  kawan  baru.