Saturday, 4 December 2021

AKU SEBIJI KEK AISKRIM

Aku  adalah  sebiji  kek  aiskrim  berperisa  vanila.  Aku  dilahirkan  di  sebuah  kedai  aiskrim  yang terletak  di  Kuala  Lumpur.  Pekerja-pekerja  di  kedai  aiskrim  adalah  pekerja  mahir  dan  terlatih  dalam  pembuatan  kek  dan  aiskrim.


    Aku  diperbuat  daripada  bahan-bahan  yang  berkualiti.  Pekerja-pekerja  menghasilkan  aku  dengan  penuh  teliti.  Mereka  menghiaskan  badan  aku  dengan  biskut  dan  coklat  yang  menyelerakan.

    Selepas  aku  dilahirkan,  aku  ditempatkan  di  dalam  peti  sejuk  kek  yang  besar.  Peti  sejuk  kek  itu  adalah  berdinding  cermin  dan  mempunyai  pintu  gelangsar  di  belakangnya.  Setiap  hari,  kedai  aiskrim  penuh  dengan  pelanggan  kerana  kedai  aiskrim  memang  sangat  terkenal  di  Kuala  Lumpur.  Setelah  aku  dipamerkan  selama  sehari,  seorang  wanita  masuk  ke  dalam  kedai  aiskrim  lalu  memilih  aku.   

    Aku  diletakkan  di  dalam  kotak  yang  istimewa  supaya  aku  tidak  cair.  Wanita  itu  membawa  aku  pulang  ke  rumahnya.  Setelah  tiba  di  rumahnya,  aku  dikeluarkan  dari  kotak  dan  diletakkan  di  atas  meja  dengan  makanan  lain  yang  kelihatan  sedap.  Keadaan  rumah  wanita  itu  sungguh  meriah.  Rupa-rupanya,  hari  ini  adalah  hari  jadi  anak  bongsunya,  Ana  yang  berumur  empat  tahun.

    Hidup  aku  sungguh  pendek  tetapi  amat  bermakna.  Aku  dilahirkan  untuk  memberi  kegembiraan  kepada  orang  yang  menyambut  hari  jadinya.  Saat  aku paling  bahagia  adalah  melihat  senyuman  manis  Ana.

No comments:

Post a Comment