Terdapat sekuntum bunga teratai yang amat cantik di tengah-tengah kolam itu. Banyak pengunjung datang dan memuji kecantikan bunga teratai itu. Semua bunga teratai iri hati dengan kecantikan bunga teratai yang berwarna merah muda. Oleh itu, bunga teratai merah muda tidak mempunyai kawan dan sentiasa berasa sunyi.
Sehingga pada suatu hari, muncul buah teratai yang berwarna hijau di sebelah bunga teratai merah muda. Buah teratai itu sungguh mesra dan suka berbual-bual dengan bunga teratai merah muda. Buah teratai itu juga suka menyanyi dan kerap menari mengikut irama angin sepoi-sepoi.
Buah teratai menyeru kawan-kawannya agar tidak berasa cemburu dengan bunga teratai merah muda kerana semua bunga teratai adalah sungguh unik. Lama-kelamaan, bunga teratai merah muda mendapat kawan baru.
No comments:
Post a Comment