Thursday, 18 August 2022

FIZA DAN BUNGA KRISTAL (BAHAGIAN 2)


    Fiza  bangun  daripada  tidur  lalu  mengemas  rumah.  Adik  Fiza  pula  sedang  tidur  nyenyak  di  atas  katilnya.  Apabila  sibuk  mengemas  rumah,  Fiza  terdengar  suara  bisikan.  Fiza  melihat  ke  kiri  dan  ke  kanan  tetapi  tidak  kelihatan  seorang  di  dalam  rumah  kecuali  adik  Fiza  yang  masih  tidur  nyenyak.


    Suara  bisikan  semakin  ketara  dan  bising.  Fiza  berasa  takut  dan  gementar.  Fiza  segera  memusingkan  badannya  lalu  terlanggar  sebuah  pasu  bunga  yang  terletak  di  belakangnya.  

    "Adui,  sakitnya  badanku,"  keluh  bunga  anggerik.  Fiza  ternganga  seketika.  Bunga  anggerik  boleh  bercakap.

    Rupa-rupanya  Fiza  dikurniakan  kuasa  yang  dapat  mendengar  suara  hati  tumbuh-tumbuhan.  Fiza  membuka  tingkap  rumah.  Fiza  dapat  mendengar  suara  pokok-pokok  dan  bunga-bunga  dengan  jelas.  Suara  riang,  sedih,  keluhan,  aduan  dan  bualan  di  antara  tumbuh-tumbuhan  di  sekitarnya.

    Pada  hari  yang  sama,  Fiza  membuat  keputusan  untuk  mendaki  gunung  salji.  Dengan  berbekal  keazaman,  Fiza  bertekad  untuk  bertemu  dengan  bunga  kristal.  Fiza  ingin  menunaikan  tanggungjawab  yang  diarahkan  oleh  gadis  jelmaan  yang  muncul  di  dalam  mimpinya.  Fiza  percaya  bunga  kristal  akan  berada  di  dalam  bahaya  jika  Fiza  tidak  memberi  perlindungan  kepada  bunga  kristal.

    Seperti  yang  dijangka  oleh  Fiza,  lima  ekor  kala  jengking  yang  berlainan  warna  sedang  bergaduh  dan  berebut  bunga  kristal.  Fiza  menggunakan  kuasa  yang  dimilikinya  dan  berjaya  mengalahkan  lima  ekor  kala  jengking  dengan  sekelip  mata.  Lima  ekor  kala  jengking  tunduk  dan  akur  kepada  Fiza.

    Setiap  hari,  Fiza  berulang  alik  dari  kampung  ke  gunung  salji  untuk  menjaga  bunga  kristal.  Dengan  kuasanya,  Fiza  kini  merawat  pokok-pokok  dan  bunga-bunga  yang  sakit.  Sejak  hari  itu,  Fiza  dikenali  sebagai  "Doktor  Bunga  Ajaib".

(TAMAT)

Sila  tekan  sini  untuk  membaca  bahagian  1

Wednesday, 10 August 2022

THIS BOOK JUST ATE MY DOG


 Written by Richard Byrne

Ages 2-5 |  32 Pages

Publisher : Henry Holt and Co.

Purchase from : any online retailer, bookstore

Introduction : Wanted. Nice reader to show this naughty book who's boss. Please help!

This story book brings an easy plot of story yet hilarious.  This book just ate my dog? What..?

At their young age, children develop reading habit at the same time roar with all wild imagination inside their world.  This book brings a lot of fun when they discovered this is a naughty book. The dog and others disappeared in this book and what next? 

Some bonding times with kids session as we have a laughing session while reading the books, enjoying hilarious story the book brought to us... we did enjoy very much. Great story book.


Jalan cerita buku ini sungguh mudah difahami dan sungguh kelakar.  Anjing saya telah dimakan oleh buku?

Dengan daya imaginasi yang tinggi, anak-anak kecil dapat membina tabiat  membaca buku cerita dengan mantap jika membaca buku cerita yang menarik.  Di dalam buku cerita ini, mereka akan mendapati buku ini adalah buku yang nakal. Buku ini akan makan anjing Bella dan yang lain-lain. Apa yang akan berlaku seterusnya?

Melalui pembacaan buku cerita ini, ibu bapa dan anak-anak dapat meluang masa gembira bersama-sama. Buku ini sangat bagus dan amat rekomen untuk anak-anak yang berumur 2-5 tahun.